PENYAMPAI radio dan pelakon Azad Jazmin menjelaskan spekulasi kononnya dia direhatkan dan digantung tugas dari Era FM susulan beberapa isu membabitkannya kebelakangan ini adalah salah faham semata-mata. Azad atau lebih dikenali sebagai Pak Azad, 50, yang mengendalikan segmen 3 Pagi Era bersama Nabil Ahmad dan Radin berkata, ketiadaannya selama lebih seminggu di konti radio adalah disebabkan dia bercuti panjang demi meluangkan masa bersama keluarga. "Benda itu salah faham sahajalah. Sebenarnya saya ambil cuti yang memang sudah lama saya minta. Azad menjelaskan khabar angin tentang digantung tugas hanya salah faham."Saya memang ambil cuti panjang. Kebetulan anak saya Amarra pun sudah tersingkir daripada Talk To My Manager 2 (TTMM2), jadi kami luang masa bersama. "Pagi ini saya sudah kembali bertugas seperti biasa. Tak ada apa-apa masalah atau kaitan dengan mana-mana isu pun," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Pak Azad turut menegaskan isu berkaitan flat Rohingya yang ditularkan sebelum ini langsung tidak mencetuskan sebarang masalah atau impak negatif terhadap kerjayanya. ARTIKEL BERKAITAN: Azad Jazmin banyak diam sejak terpalit kontroversi, isteri minta jangan bersedih lama-lamaARTIKEL BERKAITAN: Gelas pecah sampai luka tangan Eira Syazira, rupanya petanda sebelum kontroversi Azad Jazmin "Sebenarnya benda ini tidak ada kaitan seperti yang diperkatakan. Malahan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua juga berterima kasih kepada saya," ujarnya. Sebelum ini ketiadaan Pak Azad mengendalikan segmen 3 Pagi Era sejak minggu lalu mencetuskan tanda tanya dan pelbagai spekulasi dalam kalangan pendengar. Rata-rata netizen meluahkan rasa pelik apabila segmen pagi yang sepatutnya dikendalikan Pak Azad bersama dua Nabil Ahmad dan Radin digantikan oleh personaliti lain. Benda itu salah faham sahajalah. Sebenarnya saya ambil cuti yang memang sudah lama saya minta. AZAD JAZMINPENYAMPAI RADIOMenjengah ke ruangan media sosial, timbul dakwaan yang mendakwa suami kepada pelakon Eira Syazira itu direhatkan tugas gara-gara terpalit dengan beberapa kontroversi sepanjang minggu lalu. Antaranya ialah berhubung kelantangannya bersuara mengenai isu penempatan etnik Rohingya dan dakwaan melakukan buli siber susulan kecaman terhadap persembahan anaknya, Amarra di TTMM2. "Aku rasa Pak Azad tidak ada minggu lepas sebab kena gantung sekejap. Mungkin disebabkan kes viral buli siber orang tempoh hari. Azad (kanan) digandingkan bersama Nabil (kiri) dan Radin dalam 3 Pagi Era."Dia cakap benda yang tidak sepatutnya. Aku juga perasan sepanjang minggu lepas juga dia tidak ada dekat pagi Era," dakwa seorang pengguna di media sosial. Difahamkan Pak Azad mula direhatkan daripada tugasan bermula pada Selasa minggu lalu. Bagaimanapun, Pak Azad sudah kembali bersiaran seperti biasa di konti radio pada pagi Khamis. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!