PELAKON Nazeera Sardi menganggap penampilan tindik di telinganya dalam drama Hening Rindu yang didakwa tidak sesuai dengan watak yang dibawakan bukan satu isu.Nazeera atau Siti Nazirah Sardi, 39, berkata perkara yang menjadi bualan netizen di laman Threads itu tidak seharusnya dijadikan isu kerana ia tidak menjejaskan jalan cerita drama berkenaan. Bagaimanapun, pelakon itu dilihat menerima teguran tersebut dengan tenang tanpa melatah atau berkecil hati. Nazeera menjawab dakwaan yang dipersoalkan oleh netizen."Boleh saja awak fokus tengok jalan cerita kan. Benda itu tak boleh nak gam (potong). "Terima kasih kerana menonton," katanya. Nazeera berkongsi perkara itu bagi memberi respons terhadap hantaran pengguna Threads berkenaan yang menegur watak gadis kampung dilakonkannya namun mempunyai enam tindikan pada telinga.ARTIKEL BERKAITAN: Tampil imej bertindik hidung, Remy Ishak tak peduli jika dikecam... “Ini cuma sekadar fesyen”ARTIKEL BERKAITAN: Muncul ‘live’ dengan muka bertindik, Han So Hee jawab soalan pelik peminat mengenai imej baharuSebelum itu, pengguna berkenaan meluahkan pandangannya selepas menonton drama yang disiarkan di RTM2."Terhibur saya tengok drama Melayu RTM2. Gadis kampung tapi telinga tindik sampai enam lubang," tulisnya. Dalam pada itu, perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk ada yang berpendapat perkara berkenaan tidak perlu dipebesarkan. "Aduh tak ada kaitan, sampai telinga dia belek. "Habis semua nak dirungut. Lepas ni jerawat dekat muka pun kena complaint juga," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!