ANGGOTA Alpha, Ariel Fesol tampil menjawab dakwaan kononnya wujud perbalahan dalam kalangan ahli kumpulan itu.Ariel atau Muhammad Fhazril Fesol, 29, berkata perselisihan faham merupakan perkara biasa, namun ia tidak pernah menjejaskan hubungan mereka sebagai satu kumpulan. "Tidak kiralah di mana saja tempat kita bekerja, mesti ada cabaran dan rintangan. Tipulah kalau cakap daripada hari pertama tak pernah ada perselisihan faham atau sebagainya. Ariel (kanan) menjawab dakwaan tentang konflik yang berlaku dalam Alpha."Tapi Alhamdulillah sepanjang tempoh setahun ini, kami sentiasa jumpa jalan penyelesaian yang tidak mengeruhkan lagi keadaan. "Syukur saya rasa ini semua disebabkan oleh keserasian yang ada. Intipati paling penting kita terapkan dalam Alpha adalah penambahbaikan diri untuk menjadi sebuah kumpulan kerana kami bukan berjalan secara individu," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Ariel memberitahu setiap perbezaan pendapat yang timbul akan diselesaikan secara matang demi memastikan keharmonian kumpulan terus terpelihara.ARTIKEL BERKAITAN: Alpha nasihat peminat jangan berbalah, ramai teruja tunjuk sokongan sampai timbul salah fahamARTIKEL BERKAITAN: Alpha terima sambutan luar biasa, terkejut jiran sendiri jadi peminat"Kalau tanya saya, sekiranya perselisihan faham itu berlaku kerana kami semua nak tonjolkan kreativiti, itu perselisihan yang sihat. "Masing-masing nak berikan terbaik dalam kumpulan ini. Alhamdulillah kami semua tahu peranan masing-masing," ujarnya. Mengulas mengenai dakwaan netizen berhubung konflik dalaman Alpha, Ariel menganggap spekulasi sedemikian adalah lumrah dalam dunia hiburan."Saya rasa benda macam ni (kontroversi) sebagai anak seni bila kita dah terlibat dalam industri hiburan memang tak boleh nak lari. "Pelbagai spekulasi dekat luar sana yang mungkin mereka tidak tahu pun apa yang berlaku dalam kumpulan ini. Nama Alpha kini meningkat naik dalam industri hiburan."Namun macam saya cakap tipu kalau kita tidak ada perselisihan antara satu sama lain, tetapi kami tidak pernah bertindak melebihi had," katanya. Sebelum ini, seorang pengguna Threads mendakwa salah seorang anggota Alpha berkongsi cerita kepada peminat mengenai konflik yang berlaku dalam kumpulan tersebut.Bagaimanapun, individu berkenaan berharap khabar angin itu tidak benar dan Alpha kekal bersatu serta terus bergerak sehaluan sebagai sebuah kumpulan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!