SEJAK awal kemunculan dalam industri muzik, kumpulan Alpha bukan sahaja dilihat berjaya mencipta satu fenomena baharu bahkan turut menimbulkan perbalahan dalam kalangan peminat di sosial media. Sedar akan situasi itu, salah seorang anggotanya iaitu Izat Ibrahim menganggap perkara tersebut berlaku disebabkan keterujaan peminat yang sentiasa memberi perhatian terhadap mereka. “Apa yang boleh saya katakan, kami ini band baharu. Jadi keterujaan netizen dan peminat memang sangat tinggi. Sudah lama tak ada boy band yang benar-benar aktif seperti kami.Izat mewakili Alpha memahami kehendak peminat.“Bila kami bersatu sebagai Alpha, ramai yang terlalu teruja untuk berjumpa dan menyokong setiap momen kami. Mungkin dari situ menjadi punca perbalahan tersebut,” katanya kepada mStar.Izat percaya peminat Alpha terdiri daripada pelbagai lapisan usia dan perbezaan pandangan yang berkemungkinan menjadi faktor tercetusnya salah faham kecil.Enggan perkara tersebut terus berlarutan dia juga berharap kelompok peminat yang dikenali sebagai Aplhanite tidak melakukan perkara di luar batasan. ARTIKEL BERKAITAN: Alpha terima sambutan luar biasa, terkejut jiran sendiri jadi peminatARTIKEL BERKAITAN: Ariel Fesol makin dikenali... “Tak sangka Allah beri rezeki lebih”“Kami faham peminat datang daripada pelbagai peringkat umur. Mungkin dari situ timbul sedikit perbezaan pandangan.“Apa yang kami boleh nasihatkan, minatlah secara sihat dan bertenang. Insya-Allah akan ada lebih banyak acara dan penampilan selepas ini,” ujarnya.Mengulas mengenai kritikan segelintir pihak yang meragui kemampuan mereka serta mendakwa populariti itu hanya bersifat sementara, Alpha memilih untuk mengambil pendekatan positif.Peminat Alpha sentiasa tidak mahu melepaskan momen bermakna.Tambah Izat, fokus utama mereka ketika ini adalah terhadap kerjaya dan usaha untuk terus mencipta kejayaan, selain menghargai peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan.“Kalau ada kritikan membina, kami akan belajar. Kalau tidak memberi manfaat kepada perkembangan diri dan nilai kami, kami tolak secara baik. “Tenaga positif daripada peminat itulah yang beri kami semangat untuk terus melangkah ke hadapan,” luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube