suria

Alpha terima sambutan luar biasa, terkejut jiran sendiri jadi peminat

Alpha semakin dikenali ramai selepas tamat program Big Stage.

MENERIMA sokongan luar biasa selepas kejayaan dalam program realiti Big Stage, anggota kumpulan Alpha, Afiq Sky mendedahkan mereka belum pernah berdepan dengan peminat yang terlalu fanatik sehingga sukar dikawal. 

Namun, pengalaman lucu dan mengejutkan yang dialami Afiq atau Muhammad Afiq Asyraaf Mohd Azli, 19, apabila jiran sebelah rumahnya sendiri merupakan peminat tegar Alpha. 

"Setakat ini Alhamdulillah tidak pula kami berjumpa dengan peminat yang terlalu fanatik sehingga tidak boleh dikawal. Tiada yang berlebihan. 

Alpha semakin dikenali ramai.

"Paling-paling hanya kejar kami. Kalau kita cakap baik-baik mesti mereka akan dengar. 

"Tak ada sampai peminat ikut balik rumah tetapi jiran minat Alpha ada. Mereka terkejut saya tinggal sebelah rumah," katanya kepada mStar. 

Sementara itu, salah seorang anggota kumpulan Alpha, Rizal Rasid turut berkongsi pandangannya mengenai peminat yang mungkin bersikap sedikit obses.

ARTIKEL BERKAITAN: Ariel Fesol makin dikenali... “Tak sangka Allah beri rezeki lebih” 

ARTIKEL BERKAITAN: Peserta Big Stage Alpha tuai pujian peminat Filipina lepas nyanyi lagu Gento

Menurut Rizal, perkara itu adalah lumrah bagi artis dalam industri hiburan.

"Bercakap fasal peminat yang mungkin sedikit obses, perkara itu kami tidak boleh nak elak.

"Tapi kami hanya menghargai apa yang mereka (peminat) buat untuk kumpulan Alpha. Sambutan hangat yang kami terima ini bagi kami adalah hadiah untuk lebih bersemangat selepas ini," ujarnya. 

Alpha merupakan bintang pencarian bakat daripada program Big Stage.

Rizal turut menegaskan betapa pentingnya sokongan peminat sejak debut mereka, yang menjadi sumber semangat dan dorongan untuk terus berkarya.

"Alhamdulillah sejak kami debut menjadi satu kumpulan, kami menerima sokongan ramai. Kami sangat bersyukur. Macam saya cakap sebelum ini, tanpa mereka (peminat) siapalah Alpha. 

"Merekalah menaikkan nama Alpha, banyak buat perkongsian di media sosial jadi saya melihat sokongan itu bagus buat kami yang baru menapak dalam industri seni," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain