suria

“Akhirnya orang mula bercakap tentang kebaikan, pengorbanan dan amalan mulia suami saya” - Zizie Izette

Zizie (kanan) meluahkan kesedihan atas pemergian suami tercinta.

PEMERGIAN Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ternyata membuka mata ramai pihak mengenai kebaikan dan pengorbanan suaminya yang jarang dibicarakan selama ini. 

Isteri Allahyarham yang juga pelakon Datin Seri Zizie Izette berkongsi luahan hati mengenai jasa dan amalan mulia arwah yang kini menjadi perhatian ramai.

Kata Zizie, dia juga tidak akan melupakan nasihat-nasihat yang pernah dititipkan oleh arwah sepanjang mereka hidup bersama. 

"Saya bersyukur selepas awak tiada, akhirnya orang mula bercakap tentang kebaikan, pengorbanan dan amalan mulia awak.

Luahan Zizie yang dimuat naik di Instastory miliknya.

"Saya tidak akan pernah lupa nasihat awak, ‘Kalau tangan kanan memberi, tangan kiri tak perlu tahu.’

"Sembunyikan sedekahmu. Biarkan kebaikanmu hanya diketahui oleh Allah," katanya. 

Zizie berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Ahad. 

Dalam pada itu, Zizie menegaskan bahawa arwah suaminya tidak pernah menginginkan pengiktirafan atas segala jasa dan kebaikannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Izinkan saya berduka” - Zizie Izette luah rasa kehilangan, kenang Bung Moktar yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh di Parlimen tapi Bung Moktar orangnya lembut di rumah... nak dengar marah pun tak pernah - Dedah Shaheizy Sam

Kongsinya, segala yang dilakukan arwah adalah dari hati tanpa mengharap pujian atau perhatian orang lain.

"Awak tidak pernah menginginkan pengiktirafan, awak melakukan segala-galanya dari hati. Terima kasih atas semua kebijaksanaan yang telah awak curahkan kepada saya.

"Saya akan membawanya, menghargainya, dan mewariskannya kepada anak-anak kita, supaya sebahagian daripada diri awak terus hidup melalui kami.

"Semoga Allah mengampuni awak, melimpahkan rahmat-Nya dan menganugerahkan syurga buat awak," ujarnya. 

Mengenang kembali 16 tahun perkahwinan yang penuh kasih sayang dan pengorbanan bersama, bagi Zizie pemergian arwah merupakan kehilangan besar bukan sahaja bagi keluarga tetapi juga bagi semua yang mengenali suaminya.  

"Terima kasih atas 16 tahun yang telah dilalui. Awak bekerja begitu keras untuk semua orang, dan awak sentiasa melakukan yang terbaik.

Zizie (kiri) sentiasa mengingati titipan nasihat daripada arwah suami.

"Awak berjuang untuk orang di sekeliling awak, bukan untuk diri sendiri. Awak begitu murni dan tidak mementingkan diri sendiri," katanya. 

Pada Jumaat lalu, Allahyarham Bung Moktar, 66, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.46 pagi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah. 

Allahyarham sebelum itu menerima rawatan akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru. 

Untuk rekod, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada 2009 sebagai isteri kedua dan pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata serta turut membesarkan dua orang anak angkat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain