suria

“Hentikanlah benda mengarut ini” - Daiyan Trisha difitnah tukar agama ke Hindu

Daiyan mohon orang ramai laporkan akaun palsu di Threads.

PELAKON dan penyanyi Daiyan Trisha memohon orang ramai agar melaporkan sebuah akaun palsu yang didakwa menyamar sebagai dirinya di media sosial.

Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 32, berkata meskipun akaun berkenaan telah beberapa kali digantung oleh pihak platform media sosial tersebut, namun pemilik akaun itu masih aktif menyamar sebagai dirinya. 

"Boleh tak anda semua tolong laporkan akaun ini jelas palsu dan saya penat sangat. 

Perkongsian Daiyan di Threads miliknya.

"Akaun ini sudah digantung banyak kali tetapi masih muncul semula. Saya betul-betul tak faham apa motif dia, kenapa?" katanya. 

Daiyan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Ahad. 

Dalam pada itu, Daiyan turut meluahkan rasa kesal dan menyifatkan tindakan individu tersebut bukan sahaja mengelirukan peminat, malah boleh menimbulkan salah faham serta menyalahgunakan identitinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Malas layan khabar angin, Daiyan Trisha enggan bazir tenaga

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka alergi makanan laut… Daiyan Trisha dedah punca selalu sakit perut, kulit breakout

"Hentikanlah benda mengarut ini," ujarnya. 

Sebelum ini, wujud sebuah akaun yang menggunakan nama sebagai @divyanatrisha di Threads. 

Akaun tersebut menggunakan foto Daiyan tanpa kebenaran selain membuat fitnah mengatakan pemilik merupakan seorang Muslim yang telah menganut agama Hindu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain