suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sangka alergi makanan laut… Daiyan Trisha dedah punca selalu sakit perut, kulit breakout

Daiyan perlu waktu untuk pulih.

PENYANYI dan pelakon, Daiyan Trisha terkejut apabila disahkan mempunyai alahan terhadap makanan laut selepas menjalani ujian alergi baru-baru ini.

Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 31, berkata dia tidak menyangka masalah sakit perut yang sering dialami setiap kali menikmati hidangan berasaskan makanan laut adalah punca masalah yang sering dihadapi. 

Daiyan sedih tentang kesihatan dirinya.

“Baru tahu saya ada alah kepada udang, ketam dan kerang, memang susah nak percaya.

"Saya memang suka makanan laut, jadi kenapa tiba-tiba jadi macam ini?” katanya menerusi hantaran di Threads.

Menurut Daiyan, dia tidak pernah mengalami gejala seperti gatal atau sesak nafas sebelum ini, namun makanan tersebut telah menjejaskan kesihatan ususnya sehingga menyebabkan pelbagai masalah lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama ‘dipetik’ jadi isteri keempat VVIP, Daiyan Trisha hanya mampu ketawa

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu Inggeris bawa tuah buat Daiyan Trisha... “Kali pertama rasa dihargai sebagai penyanyi”

“Alahan saya bukan jenis gatal atau sesak nafas. Ia ganggu usus dan buat badan tak sihat. 

"Akhirnya saya dapat jawapan kepada semua persoalan saya,  memang menangislah,” ujarnya.

Daiyan tak pernah alergi sebarang makanan selama ini.

Tambahnya, dia juga kerap mengalami keradangan secara tiba-tiba serta masalah kulit, sekali gus mendorongnya menjalani ujian alergi.

Bagaimanapun, Daiyan menjelaskan dia masih boleh menikmati makanan laut, namun perlu berhenti seketika bagi merawat ususnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain