suria

[V] Sissy Imann umum bakal nikah dengan doktor, kenal ketika jadi pesakit

TEKA-TEKI mengenai status penyanyi Sissy Imann akhirnya terjawab selepas dia mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hatinya yang juga seorang doktor.

Menurut Sissy atau Sissy Imann Mohammad Kamil, 30, majlis pernikahan mereka dijangka berlangsung pada pertengahan bulan ini.

“Apa yang saya boleh katakan, benar saya bakal berkahwin pada pertengahan bulan ini,” katanya kepada mStar.

Sissy pilih doktor sebagai pasangan hidup.

Sissy berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Dengan Kamu yang berlangsung di Qeqoz Gifts & Cafe, Kuala Lumpur, petang Isnin.

Ditanya mengenai detik perkenalan mereka, Sissy mendedahkan hubungan itu bermula secara tidak dirancang apabila dia bertemu jejaka berkenaan ketika mendapatkan rawatan.

“Dia tak tahu pun saya penyanyi. Dia memang tak tengok televisyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen dakwa Sissy Imann dah jumpa cinta hati, foto cincin di jari manis undang teka-teki… “Permulaan sesuatu yang baharu”

ARTIKEL BERKAITAN: Sissy Imann pengacara majlis nikah Amira dan Fattah, kena datang sebab kerja

“Dia sebenarnya seorang doktor dan kami mula berkenalan pada tahun ini. Permulaan kami berkenalan pun sewaktu saya menjadi pesakitnya ketika itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Sissy berkata perkahwinan bukan alasan untuk dia memperlahankan kerjaya seni memandangkan dunia muzik sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Menurutnya, dia dan bakal suami mempunyai kerjaya yang sibuk, namun mereka bersyukur kerana saling memahami tuntutan pekerjaan masing-masing.

“Selepas berkahwin saya tiada perancangan untuk berehat dalam industri seni memandangkan saya pun susah duduk diam.

Sissy bakal tamatkan zaman bujangnya.

“Malah bakal suami pun seorang yang sibuk dengan kerja dan syukur dia faham kerjaya saya sebagai seorang anak seni,” ujarnya.

Sebelum ini, timbul dakwaan hati Sissy sudah dimiliki seseorang selepas dia memuat naik hantaran menunjukkan dia memakai cincin, sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat.

Dalam perkembangan lain, Sissy turut melancarkan single baharunya Dengan Kamu yang kini sudah boleh didengari di semua platform digital.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain