suria

Tak terkejut golongan berjawatan ditahan kes spa luar tabii, Fitri UNIC dedah pernah jadi mangsa gangguan… “Dia tanya saya open minded tak?”

Fitri dedah pernah diganggu mereka yang berstatus ustaz dan Datuk.

ANGGOTA kumpulan nasyid UNIC, Dr Fitri Haris mendedahkan pernah diganggu golongan gay oleh seorang ustaz dan individu bergelar datuk susulan isu penahanan 201 pengunjung dalam serbuan ke atas sebua spa di Jalan Raja Laut baru-baru ini.

Fitri atau Mohamad Fitri Mohamad Haris, 41, berkata pengalaman itu membuatkan dia tidak terkejut apabila ada golongan profesional dan berjawatan terlibat dalam salah laku moral.

Menurutnya, ustaz terbabit pernah menghantar soalan berbaur lucah sebelum mengirim gambar tidak senonoh.

Fitri tak terkejut apabila ada golongan profesional dan berjawatan terlibat dalam salah laku moral.

“Saya pernah menjadi mangsa ‘ngorat’ oleh seorang ustaz dan juga seorang bergelar Datuk. Sebab itu bila polis tangkap golongan profesional, berpangkat dan berjawatan… memang tak pelik langsung.

"Pengalaman pertama dengan seorang ustaz… Tiba-tiba dia tanya saya ‘open minded tak?’ dan tanpa segan silu hantar gambar tak senonoh.

"Saya terkejut macam kena siram air sejuk. Dalam kepala hanya satu ayat, 'ustaz… soalan tu bukan dalam silibus agama'. Dari situ saya sedar bukan semua ustaz membawa fikrah yang lurus," katanya.

Fitri berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Facebook miliknya pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Spa luar tabii diserbu! Pakar bedah, timbalan pendakwa raya antara penjawat awam ditahan

ARTIKEL BERKAITAN: Atuk umur 66 tahun antara ditahan disyaki terbabit aktiviti luar tabii… Kondom, minyak pelincir turut dirampas

Bercerita lanjut prngalaman keduanya, Fitri mendedahkan seorang berstatus datuk pula menghantar mesej 'manja' dan lucah sehingga dia mengambil keputusan untuk menyekat nombor individu itu.

“Yang datuk pula lagi ‘advance’. Mula-mula mesej manja setiap hari, kemudian makin pelik, makin lucah… siap tambah emoji yang saya sendiri tak pernah guna.

"Saya cuma mampu fikir, datuk, tolonglah… Saya ni pensyarah, bukan operator hotline percintaan tengah malam.

"Akhirnya saya terus ‘block’. Tak fikir panjang dan sampai sekarang tak menyesal," ujarnya.

Islam mengharamkan. Nabi tidak mengaku umat dan saya benci perangai macam ini.

DR FITRI HARIS

ANGGOTA KUMPULAN UNIC

Fitri berkata kejadian tersebut membuatkan dia lebih memahami tidak semua individu berpangkat atau berpenampilan alim mempunyai akhlak yang baik.

Tambah Fitri, berdasarkan pengalaman peribadinya itu, dia tidak terkejut apabila ada individu berpengaruh ditahan dalam serbuan membabitkan salah laku moral.

“Bila lihat serbuan yang libatkan lebih 100 lelaki dalam bilik hanya bertuala dengan aktiviti luar tabii, saya langsung tak hairan kalau ada antara yang ditangkap itu golongan berjawatan atau berpangkat.

Seramai 201 lelaki ditahan dipercayai menjalankan aktiviti tidak bermoral. 

"Islam mengharamkan. Nabi tidak mengaku umat dan saya benci perangai macam ini.

"Paling saya benci, bila orang salah faham diam itu tanda suka, sedangkan saya diam sebab jaga adab,” jelasnya.

Sementara itu, dalam serbuan pada Jumaat lalu, 201 lelaki berusia 19 hingga 60 tahun ditahan polis, DBKL dan JAWI di sebuah spa yang dipercayai menjalankan aktiviti tidak bermoral. 

Antara yang ditahan termasuk timbalan pendakwa raya, pakar bedah, pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), guru dan beberapa pegawai penguat kuasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia