MEMILIKI kira-kira 20 unit kediaman, usahawan sensasi Datuk Seri Vida mendedahkan sebahagian besar rumah itu dihuni pekerja serta saudara-mara yang tinggal secara percuma.
Menurut Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 54, pemberian itu dianggap sebagai satu bentuk tanggungjawab sosial terhadap individu terdekat dalam hidupnya.
“Saya ada 20 buah rumah, tapi hanya sebuah rumah sahaja saya diami sekarang. Selebihnya saya bagi staf dan saudara-mara tinggal percuma. Bil api, air semua saya bayar.

Vida mempunyai 20 biji rumah.
“Itulah tanggungjawab saya kepada mereka yang dekat, harapnya apa yang saya bantu memberikan kesenangan buat mereka, insya-Allah,” katanya kepada mStar.
Vida turut berkongsi keseluruhan nilai hartanah yang dimilikinya mencecah RM50 juta, meliputi kediaman jenis banglo dan lot tepi (corner lot) di kawasan komersial yang strategik.
Bagaimanapun, dia tidak bercadang untuk menjual mana-mana unit rumah tersebut walaupun ada pihak yang berminat untuk membeli.
“Semua 20 buah rumah itu lebih kurang RM50 juta. Kawasan yang saya beli kebanyakannya komersial.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Barangan milik Vida termasuk 3 kereta mewah berjaya dilelong dengan harga RM1 juta
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Vida ‘terpukul’ baca luahan hati Cik B, tetap terima imej tomboi seadanya
“Ada yang harga RM2 juta seunit, RM1 juta, RM600,000… saya memang ambil corner lot dan banglo.
“Ada orang nak beli, cuma saya tak mahu jual lagi. Kalau saya jual sekarang, nak dapat semula tanah dan kawasan macam itu memang tak akan jumpa.
“Jadi saya simpan sahaja untuk generasi akan datang. Semoga apa yang saya buat ini jadi saham di akhirat,” jelasnya.

Vida benarkan staf-staf dan saudara maranya menetap di 19 rumahnya yang lain secara percuma.
Menurutnya, dia tidak membeli rumah sebagai pelaburan, sebaliknya minat terhadap seni bina dan suasana persekitaran menjadi faktor utama dia membeli kediaman tersebut.
“Sebenarnya rumah dekat Ipoh ini tak boleh dijadikan pelaburan sangat, harga dia tak naik tinggi.
“Saya beli rumah sebab saya suka. Sebelum beli, saya akan tengok dulu keadaan sekeliling, macam ‘feng shui’ dan aura kawasan itu. Saya beli ikut tempat yang saya rasa ada aura positif,” katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


