PENYANYI Ernie Zakri memberitahu kerjaya pilihan yang dirasakan paling sesuai sekiranya tidak bergelar penyanyi atau guru vokal adalah pramugari.
Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, dia memilih kerjaya itu kerana personalitinya yang mesra, mudah melayan tetamu serta suka bergaul dengan orang ramai.
“Jika saya bukan seorang penyanyi ataupun guru vokal, kerja yang paling saya rasa sesuai dengan personaliti diri adalah pramugari.

Ernie sayangkan bidang muzik.
“Saya pandai layan tetamu… Do you like some coffee sir? Ramai Ernienators pun tahu saya memang suka nak jadi pramugari.
“Tapi saya nak jaga business class saja,” selorohnya sambil disambut sorakan peminat.
Ernie berkongsi perkara itu ketika melayan soalan daripada peminat sewaktu showcase ‘A Letter From Ernie Zakri’ yang berlangsung penuh meriah di PJ PAC, Damansara, Selangor pada Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kalau nak boikot suka hatilah” - Ernie Zakri
ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri tak lupa asal usul, masih utamakan penggiat seni tempatan... "Saya bangga dengan produk muzik kita"
Menurut Ernie, dia bagaimanapun mengaku tidak mungkin mampu mencuba kerjaya lain memandangkan daripada kecil terdedah dengan muzik dan persembahan.
“Saya tak boleh bayangkan sebab sejak kecil sudah dididik dengan benda seni.
“Saya tak pandai buat kerja lain selain menyanyi. Kalau tak jadi penyanyi atau guru vokal, mungkin saya akan bekerja di belakang tabir?

Ernie ketika menghiburkan peminatnya.
“Saya akan buat apa sahaja asalkan berkait dengan industri muzik sebab muzik sangat dekat dengan hati saya. Tapi kalau nak jauh sikit… pramugari,” katanya sambil ketawa.
Dalam pada itu, Ernie meluahkan rasa syukur dan terharu apabila showcase istimewa tersebut mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran kira-kira 600 penonton yang memenuhi dewan.
Katanya, sokongan padu peminat sentiasa menjadi pendorong utama untuk dia terus berkarya dan memberikan persembahan terbaik.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


