TINDAKAN penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein menghulurkan wang kepada sebuah keluarga yang jujur menyentuh hati orang ramai yang menonton video tular di Instagram baru-baru ini.
Dalam hantaran yang dimuat naik di akaun rasmi Jakel Textile, Elly tersentuh apabila keluarga tersebut sanggup memulangkan semula bola cabutan bertuah selepas mengakui belum membuat sebarang pembelian produk jenama itu.
Kagum dengan tindakan tersebut, Elly lantas ke tepi pentas dan mengambil duit peribadi untuk diberikan kepada keluarga yang membawa seorang anak kecil itu.

Elly kagum dengan sikap individu yang jujur.
"Terima kasih kerana sudi datang beri sokongan. Tahniah menjadi orang yang jujur. Doaku sentiasa mengiringi keluarga comelmu," tulisnya di ruangan komen.
Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji keluarga tersebut dan memyifatkan wang tunai yang diterima adalah hadiah bagi orang jujur.
"Baik abang dan akak. Dia tak dapat cabutan bertuah, tapi Allah ganti dengan hadiah jauh lebih bernilai iaitu satu Malaysia kenal keluarga ini dengan kejujuran mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein dedah hilang tawaran kerja selepas berhijab
ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein kongsi rezeki, mahu bantu Kieran tunai hajat ke Tanah Suci
"Rezeki untuk orang jujur.
"Hadiah untuk orang jujur, Alhamdulillah," tulis beberapa netizen.
Video itu dirakam pada sesi Meet and Greet duta Jakel 2026 yang berlangsung di Jakel Mall Kuala Lumpur baru-baru ini.

Elly dihujani tawaran apabila dikekalkan sebagai duta Jakel bagi tahun 2026.
Selain Elly, Jakel turut mengumumkan Kamal Adli dan Que Haidar sebagai duta 2026.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


