suria

[V] Mahalini kembali menyanyi, Rizky Febian sanggup tolak ‘job’ jaga anak

SELEPAS setahun berehat daripada dunia nyanyian, penyanyi Mahalini kembali teruja untuk aktif semula apabila menerima sokongan padu daripada suaminya yang juga selebriti terkenal Indonesia, Rizky Febian.

Mahalini,25, berkata proses menentukan masa sesuai untuk membuat ‘comeback’ bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi selepas bergelar ibu.

Lebih menyentuh hati, suaminya turut sanggup menolak beberapa tawaran persembahan di luar negeri demi memberi tumpuan menjaga anak mereka.

Mahalini terpaksa membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.

"Tak mudah untuk saya buat keputusan memilih masa tepat untuk buat comeback dan masuk ke studio rakaman semula. 

"Saya nak cari waktu memang agak sukar sebab tidak boleh lewat sampai malam. Tapi Alhamdulillah saya punya suami yang banyak memberi sokongan. 

"Malah pada waktu itu Iky (panggilan Rizky) tidak menerima sebarang tawaran menyanyi di luar kota kerana bersiap sedia untuk menjaga anak kami," katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Mahalini menangis selepas setahun berehat… “Saya rindu nak menyanyi”

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Febian sokong Mahalini berehat, bukan sebab kongkong isteri

Dalam pada itu, Mahalini turut berkongsi dia dan Rizky kini sama-sama berusaha menjadi ibu bapa yang saling memahami agar kerjaya masing-masing dapat berjalan lancar.

"Suami tahu saya akan kembali sibuk merakamkan lagu baharu, jadi kami cuba menjadi ibu bapa yang saling memberikan sokongan dan bekerjasama. 

"Kalau saya bekerja, Selina akan bersama Iky," ujarnya. 

Saya nak cari waktu memang agak sukar sebab tidak boleh lewat sampai malam.

MAHALINI

PENYANYI

Ditanya bagaimana dia masih mampu mengekalkan mutu suara yang baik selepas melahirkan anak, penyanyi kelahiran Bali itu berkata dia sendiri tidak mempunyai sebarang tip khusus. 

Katanya, dia bersyukur kerana suaranya kekal dalam keadaan baik walaupun sudah lama tidak aktif menyanyi.

"Alhamdulillah suara saya masih baik-baik saja buat masa ini. Semoga suara saya tidak berubah. 

"Saya tiada tip untuk jaga suara, cuma mungkin saya teruja dan rindu untuk menyanyi jadi kalau saya 'menjerit' pun suaranya masih okay," katanya. 

Mahalini buat comeback selepas setahun berehat daripada menyanyi.

Selepas melahirkan, Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian pada Februari lalu, penyanyi berkenaan memberi fokus sepenuhnya kepada anak dan keluarga. 

Untuk rekod, Mahalini atau Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja dan Rizky Febian mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2024 di Hotel Raffles, Jakarta, Indonesia.

Pasangan itu kemudian dilaporkan bernikah sekali lagi pada 27 Disember tahun lalu selepas pernikahan mereka didapati tidak sempurna daripada segi rukun nikah ditetapkan dalam agama Islam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia