suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rizky Febian sokong Mahalini berehat, bukan sebab kongkong isteri

Rizky Febian beri ruang Mahalini berehat.

PENYANYI Rizky Febian akur dengan keputusan isterinya, Mahalini, untuk berehat seketika daripada karier seni bagi memberi tumpuan kepada keluarga.

Rizky atau nama penuhnya Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 27, berkata keputusan itu dibuat selepas Mahalini selamat melahirkan anak sulung mereka, Zairee Selina Quinlyn, pada 15 Februari lalu.

“Sekarang ini Mahalini sedang fokus menjaga anak dan memilih untuk berehat seketika daripada muzik sehingga semuanya kembali stabil.

Mahalini berehat menyanyi beri fokus jaga anak dan suami.

“Saya sebagai suami tentu saja menyokong setiap langkah dan cita-citanya dalam dunia muzik,” katanya.

Menolak dakwaan kononnya dia terlalu mengongkong isterinya selepas berkahwin, Rizky menegaskan bahawa Mahalini tetap akan memiliki ruang untuk berkarya apabila tiba masanya.

“Tidak ada istilah terlalu melindungi kerana kami sama-sama hidup dalam dunia muzik. Mahalini ada impian dan harapan sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Febian rungsing fikir fasal duit, tiada ‘job’ sejak Mahalini hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan Rizky Febian mendadak naik, Mahalini mengadu dengan bapa mentua

“Saya belajar memahami keadaan seorang ibu selepas bersalin, dan kami sama-sama berusaha membahagikan tugas di rumah,” ujarnya.

Dalam masa sama, Rizky turut berharap agar peminat mendoakan Mahalini supaya dapat kembali aktif menghiburkan pencinta muzik tidak lama lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain