KETUA kumpulan TXT iaitu Soobin mendedahkan dia dan rakannya, Taehyun sering dipukul ketika mengikuti kelas tarian sewaktu mereka masih bergelar pelatih.
Menurut Soobin pengalaman memilukan itu berlaku sewaktu mereka masih bersekolah.
Dia dan rakannya perlu belajar menari dengan langkah koreografi yang kompleks mengikut alunan lagu kumpulan Seventeen.

Soobin percaya latihan zaman sekarang tidak seteruk dulu.
Biarpun telah berusaha sebaik mungkin, namun katanya dia masih gagal menguasai pergerakan dengan sempurna.
Soobin mengakui itu adalah salah satu keadah pembelajaran yang perlu mereka lalui sebelum bergelar artis.
ARTIKEL BERKAITAN: Tidak berminat, Soobin TXT tolak tawaran agensi untuk buka akaun IG peribadi
ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh pukul bekas kekasih, Jeon Ho Joon tunjuk bukti kena belasah sampai berdarah
Dia juga memberitahu beberapa orang pelatih lain menerima hukuman lebih teruk kerana lemah dalam menguasai langkah tarian.
Namun begitu, Soobin menutup pengakuannya dengan menyatakan keadaan sudah berubah dan amalan hukuman fizikal seperti itu tidak lagi dibenarkan dalam latihan artis K-Pop masa kini.
Taehyun juga sebelum ini secara tidak sengaja mendedahkan perkara sama menerusi perbualan di aplikasi WeVerse.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


