suria

Tidak berminat, Soobin TXT tolak tawaran agensi untuk buka akaun IG peribadi

Soobin belum bersedia membuka akaun Instagram.

KETIKA ahli kumpulan TXT lain memilih untuk membuka akaun Instagram, Soobin pula mengambil keputusan untuk tidak mengikut jejak langkah anggota lain.

Menurut laporan Allkpop, Soobin berkata dia enggan mewujudkan akaun Instagram kerana masih belum tertarik dengan aplikasi media sosial itu.

"Saya tak akan membukanya... saya tak tertarik dengan Instagram peribadi kerana saya malas main Instagram.

soobin

Soobin jawab soalan peminat.

Dalam pada itu, Soobin memberitahu pihak pengurusan turut mendapatkan kebenaran dan pandangan semua ahli kumpulan terlebih dahulu sebelum membuka akaun Instagram.

"Mulanya pihak agensi yang tawarkan kepada kami sama ada mahu buka akaun Instagram peribadi atau tidak, mereka beri penerangan apa yang perlu dilakukan untuk mengendalikan akaun itu.

"Tapi keputusannya terpulang pada kami. Selepas berbincang akhirnya hanya Yeonjun sahaja yang bersedia, jadi akaun Instagram peribadinya itu dicipta oleh agensi.

"Manakala ahli yang lain belum berminat untuk melakukannya dan kami juga tidak dipaksa," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain