suria

Aurel Hermansyah tulis kata-kata menyentuh hati, naluri ibu semakin menebal

Aurel anggap bayinya hadiah paling terindah.

BAKAL melahirkan anak pada Februari ini, penyanyi Aurel Hermansyah meluahkan rasa teruja ingin menyambut kelahiran bayi sulungnya yang diberi nama bermula huruf A.

Isteri kepada YouTuber terkenal Indonesia Atta Halilintar itu menganggap bayinya adalah anugerah yang paling terindah.

ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar syukur lalui 2021 dengan baik... Berkahwin dengan Aurel Hermansyah detik paling indah!

Biarpun mengakui bukan mudah menjadi ibu pada usia muda, namun Aurel, 24, tetap akan melakukan yang terbaik buat anaknya.

"Masya-Allah, waktu benar-benar sudah terasa. Insya-Allah bulan depan saya sudah boleh dukung baby A. Hadiah yang sangat terindah.

"Tahun 2022 menjadi seorang ibu. Yang pasti tidak mudah di usia yang muda tapi semua akan saya lakukan demi malaikat kecilku.

"Selama lapan bulan dalam kandungan, tak pernah sekali menyusahkan mamanya. Bersyukur sangat mama. Terima kasih ya Allah," tulisnya.

Anak kepada penyanyi Krisdayanti dan Anang Hermansyah itu berkongsi perasaannya menerusi laman Instagram miliknya.

Untuk rekod, Aurel mendirikan rumah tangga dengan Atta pada 3 April tahun lalu dan dia pernah mengalami keguguran pada Mei.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Benzema jadi mangsa rompakan