suria

Selalu ‘flex’ kereta mewah, pelakon Bollywood Jacqueline Fernandez nafi bercinta dengan mafia

Jacqueline bersama koleksi kereta mewahnya.

NAMA pelakon terkenal Bollywood Jacqueline Fernandez menjadi sebutan netizen selepas terkait kes penggubahan wang haram yang dilakukan oleh kekasih gelapnya dikenali Sukesh Chandrashekar, baru-baru ini.

Terbaharu, foto Jacqueline bersama lelaki misteri itu tular di media sosial memperlihatkan pasangan ini berpelukan dan terdapat kesan tanda merah (love bite) di leher aktres berkenaan.

Sedangkan sebelum ini, Jacqueline membantah keras dakwaan kononnya mereka berkawan rapat dan sedang bercinta.

Malah, Jacqueline juga menafikan dirinya terbabit dalam kes penggubahan wang haram itu dan memberitahu hanya menjadi mangsa.

Katanya, dia hanya menerima hadiah-hadiah daripada Sukesh dan tidak mengetahui sumber kewangan yang digunakan oleh lelaki itu.

Jacqueline nafi menjalinkan hubungan cinta dengan Sukesh sehingga tersebar foto mereka berpelukan.

Jacqueline nafi bercinta dengan Sukesh.

Antara hadiah yang diberikan Sukesh ialah kuda, anting-anting berlian, kereta, kasut dan banyak lagi barangan berjenama mewah.

Di India, Sukesh dikenali sebagai seorang mafia dan didakwa menipu lebih 100 orang pada tahun 2007.

Manakala Jacqueline pula merupakan seorang pelakon terkenal yang dikatakan menerima bayaran tertinggi untuk sesuatu projek lakonan.

SUMBER: BollywoodLife

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain