suria

Keadaan terkini Tukul Arwana selepas alami pendarahan otak, sudah boleh makan sendiri

Tukul kini dalam proses pemulihan di rumah.

KEADAAN pelawak dan pengacara Tukul Arwana sekarang ini dikatakan semakin baik selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak September lalu.

Tukul kini boleh makan sendiri seperti biasa dan masih dalam proses pemulihan di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak seberang sanggup tayang rambut demi duit, tak peduli kecaman netizen ‘on off’ pakai tudung

"Proses fisioterapi setiap hari di rumah dan tiga kali seminggu di klinik sangat membantu Tukul untuk sihat.

"Sekarang dia sudah boleh makan seperti biasa dan menyuap sendiri. Tidak lagi makan makanan yang dikisar," jelas Kimon yang merupakan jurucakap kepada Tukul.

Tukul masih menjalani proses fisioterapi di rumah dan klinik scara berjadual

Tukul alami pendarahan otak pada September lalu.

Bagaimanapun menurutnya lagi Tukul masih belum boleh bercakap seperti biasa.

Dalam masa sama, keluarga Tukul juga membataskan kunjungan rakan-rakan artis kerana mahu pelawak itu berehat secukupnya.

"Dia berkomunikasi pakai isyarat, hanya mengangguk. Tetapi setidak-tidaknya dia sudah boleh faham orang bercakap.

tukul 3

Sudah boleh tersenyum dan bergurau dengan keluarga.

"Dia juga tidak kelihatan sedih. Sudah boleh kecawa dan bergurau.

"Kita bataskan supaya tidak setiap hari orang datang menjenguknya di rumah kerana dia perlu berehat,"ujarnya.

Pada September tahun lalu, Tukul dikejarkan ke hospital kerana mengamali pendarah otak.

Dia ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya sebelum dikejarkan ke Rumah Sakit Pusat Otak Nasional. Tukul selamat menjalani pembendahan dan meneruskan proses pemulihan di rumah. - LIPUTAN6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain