suria

Lagi pelakon Indonesia ditahan kerana dadah, polis jumpa ganja di rumah Ardhito Pramono

Ardhito saat ditahan pihak berkuasa

SEORANG lagi artis Indonesia iaitu penyanyi dan pelakon Ardhito Pramono ditahan polis atas kesalahan dadah.

Ardhito, 26, yang popular menerusi filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini dan Story of Kale: When Someone’s In Love ditahan di rumah di daerah Jakarta Timur, Indonesia pada petang Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Naufal Samudra dibebaskan, polis tak jumpa bukti miliki dadah

Pihak polis mengesahkan menemui dadah jenis ganja namun tidak ada maklumat lanjut kerana masih dalam siasatan.

Ardhito dilihat memakai baju berwarna putih ketika turun dari bilik pemeriksaan balai polis.

ardhito 2

Ardhito juga merupakan seorang penulis lirik dan komposer

Dia hanya tunduk dan berdiam saat diterjah oleh pihak media negara itu.

Menurut kenyataan pihak berkuasa, laporan sepenuhnya akan dikeluarkan pada Khamis selepas Ardhito selesai menjalani pemeriksaan kesihatan. -KAPANLAGI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ardhito Pramono, Indonesia, Dadah

Artikel Lain