suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sangka rupa-rupanya Kristen Stewart peminat filem Bollywood… harap anak lelaki mirip wajah Hrithik Roshan

Kristen Stewart suka lihat ketampanan Hrithik Roshan.

MENGAGUMI bakat dan ketampanan Hrithik Roshan, pelakon Kristen Stewart berharap diberi peluang bergandingan dengan aktor terkenal Bollywood itu.

Menurut laporan Hindustan Times, Kristen berkata dia sudah bersedia dan terbuka menerima sebarang tawaran bekerjasama dengan Hrithik.

"Jika ada yang menawarkan tawaran yang bagus, ya saya mahu bekerja untuk filem Bollywood dan saya sangat senang dapat bekerja dengan seseorang seperti Hrithik Roshan.

"Dia seorang pelakon yang hebat dan penampilannya memukau. Hrithik seorang jejaka yang sempurna... kalau saya ada anak lelaki, saya mahu anak saya mirip sepertinya," katanya dalam satu temubual baru-baru ini.

Sementara itu, Hrithik pula menghargai pujian yang diberikan dan bersedia untuk bergandingan bersama aktres berusia 31 tahun itu.

"Ketika saya mendengar pujian ini, saya baru sahaja melalui hari yang cukup stres, apabila dengar dia puji terus kembalikan mood saya dan jadi lebih bersemangat.

"Ini satu pujian tertinggi daripada seorang bintang dunia dan saya sangat hargai," jawab Hrithik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia