suria

Anak minta Ayu Ting Ting kerja kuat, tak izin kahwin lagi

Ayu dan anaknya Bilqis bersama pengacara Ivan Gunawan.

PENYANYI dangdut, Ayu Ting Ting memberitahu anak perempuannya iaitu Bilqis Khumairah Razak melarang dia untuk bercinta dan berkahwin lagi.

Menurut laporan Tabloid, Ayu mendedahkan Bilqis lebih selesa hidup berdua tanpa kehadiran lelaki lain.

"Kalau sekarang dia minta... bonda tak payah berconta lagi, bonda kuat, banyak kerja, tak usahlah bercinta. Lebih baik kita berdua sahaja.

"Kalau dia kata begitu saya yang jadi takut... aduh anak ini mahu ibunya kerja sahaja? Macam itu.

ayu 2

Ayu Ting Ting bersama anaknya, Bilqis.

"Saya pernah tanya dia, Bilqis mahu papa? Sampai sekarang dia masih belum mahu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Bilqis baru sahaja meraikan ulang tahun kelahiran ke-8 pada Ahad lalu.

Kata Ayu dia sebak apabila melihat anak kesayangannya itu semakin membesar dan mula menunjukkan kematangan berfikir.

Untuk rekod, Ayu berkahwin dengan Henry Baskoro Hendarso atau Enji pada 2013 dan bercerai setahun kemudian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain