suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ivan Gunawan senang hati dah kurus selepas setahun diet, seronok dapat pakai baju mahal

ivan gunawan 1

SELEPAS berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh satu tahun, pengacara dan pereka fesyen Indonesia Ivan Gunawan merancang untuk melakukan pembedahan payudara.

Menurut Ivan, keputusan itu dibuat kerana bahagian dadanya tidak mengecil selepas melalui proses mendapatkan bentuk badan idaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Ivan Gunawan tepis dakwaan bela anak patung ada kaitan roh mistik - “Saya tak pelihara jin atau iblis”

"Saya mahu turunkan lagi berat badan dan kemudian melakukan pembedahan payudara.

"Bahagian dada tidak mengecil walau berat badan turun. Jadi saya mahu buang," ujar Ivan.

Dia juga kini gembira apabila dapat menggayakan fesyen yang diingini dengan mudah.

ivan gunawan 1

Ivan lebih selesa dengan berat badan sekarang

Selain itu Ivan teruja kerana menjadi ikutan kepada lebih ramai orang untuk sama-sama dapatkan berat badan ideal.

"Syukur apabila dapat mempengaruhi orang lain. Ramai juga cuba mendapatkan khidmat doktor yang sama membantu saya turunkan berat badan.

"Saya rasa lebih selesa, tidur lebih puas. Paras gula dalam darah dan kolestrol juga normal.

"Sekarang sudah boleh beli baju mahal," jelasnya.-KAPANLAGI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Ivan Gunawan, Indonesia

Artikel Lain