suria

Pelawak terkenal Bob Saget ditemukan mati dalam bilik hotel

Bob Saget meninggal dunia dalam bilik hotel.

BERITA mengejutkan dari Hollywood, pelakon komedi terkenal Bob Saget disahkan meninggal dunia pada usia 65 tahun.

Menurut laporan Dailymail, aktor watak Danny Tanner dalam siri sitcom Full House ditemui mati dalam bilik hotel oleh anggota polis di Orlando, Amerika Syarikat pada Ahad.

Hasil siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui dan kematian Bob Saget juga bukanlah disebabkan penyalahgunaan dadah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘James Bond’ Sean Connery meninggal dunia di usia 90 tahun

"Awal hari ini, pegawai dikerahkan ke hotel Ritz-Carlton Orlando, Grande Lakes berhubung seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di sebuah bilik hotel.

"Lelaki itu dikenal pasti sebagai Robert Saget dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

bob2

Bob Saget popular menerusi program Full House.

"Para detektif tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat atau pengambilan dadah dalam kes ini," tulis pengendali Twitter Syerif Orange County.

Program Full House bersiaran selama lapan musim, sejak dari 1987 hingga 1995, di ABC.

Saget juga merupakan hos popular rancangan America's Funniest Home Video's, sudah menjelajah negara itu baru-baru ini.

Hanya beberapa jam sebelum kematiannya diumumkan, dia menulis ciapan di Twitter menyatakan rasa seronok melakukan persembahan di Jacksonville.

Dia meninggalkan seorang isteri, Kelly Rizzo dan tiga anak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain