suria

Minchan Verivery mohon maaf terlepas cakap, kutuk wajah rakan sekelas yang juga penyanyi

Minchan akan lebih berhati-hati dalam bercakap.

DISEBABKAN terlepas cakap dan memberi komen buruk tentang penampilan bekas rakan sekolahnya, Minchan yang merupakan anggota kumpulan Verivery dikecam teruk peminat.

Ketika menjadi tetamu dalam sebuah program, Minchan berkongsi cerita tentang seorang pelajar perempuan baharu masuk ke sekolahnya. Pelajar tersebut juga seorang penyanyi.

Melihat wajah pelajar berkenaan pada waktu itu, ia tidaklah seperti yang dibayangkan.

“Dia memusnahkan bayangan saya tentang rupa seorang penyanyi.

“Wajahnya tidak menarik,” ujar Minchan dalam rancangan tersebut.

Minchan bagaimanapun telah memohon maaf secara terbuka dalam satu hantaran di media sosial.

“Saya mahu memohon maaf disebabkan komen saya dalam rancangan V Live.

“Bagi memastikan perkara ini tidak berulang, saya akan lebih berhati-hati dalam percakapan.

“Saya juga mahu meminta maaf kepada individu tersebut secara peribadi,” ujarnya - ALLKPOP

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain