suria

The Weeknd bagi 'hint' sedang bercinta dengan Angelina Jolie dalam lagu baharu

Hubungan The Weeknd dan Jolie mula dihidu sejak Jun tahun lalu

SPEKULASI hubungan romantik The Weeknd dengan pelakon Angelina Jolie semakin hangat diperkatakan selepas penyanyi itu melancarkan album berjudul DawnFM baru-baru ini.

Peminat mula membuat andaian bahawa lirik lagu yang dicipta oleh Weeknd atau nama sebenarnya Abel Tesfaye, 32, ditujukan kepada Jolie.

ARTIKEL BERKAITAN: The Weeknd akui sudah 'bersih', tidak lagi ketagih dadah dan minuman keras

Antaranya adalah baris lirik berbunyi my new girl, she a movie star dalam lagu berjudul Here We Go... Again.

Ia secara jelas menggambarkan diri Jolie, 47, yang merupakan pelakon terkenal Hollywood dan telah membintangi banyak filem seperti Eternals, Maleficent dan Lara Croft.

Kemudian menerusi lagu Starry Eyes, Weeknd menulis you were by a man in so long..... the last time it was way too strong.

Ramai yang menganggap lirik ini menggambarkan kisah lama Jolie bersama bekas suaminya Brad Pitt.

Selepas berpisah dengan Pitt pada 2016, tidak banyak skandal cinta Jolie diperkatakan umum.

Kisah Weeknd dan Jolie mula diperkatakan apabila mereka dilihat keluar masa bersama bermula Jun 2021.

Selepas itu mereka juga pernah menghadiri sebuah konsert. Bukan itu sahaja pasangan ini sekali lagi makan malam bersama di restoran sama pada September 2021. - BUZZFEED

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

The Weeknd, Angelina Jolie, Hollywood

Artikel Lain