suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ashanty positif Covid-19 varian Omicron selepas pulang dari Turki

Ashanty dilaporkan positif Covid-19.

ISTERI kepada Anang Hermansyah, Ashanty dilaporkan positif Covid-19 varian Omicron.

Seperti dipetik CNN Indonesia, selebriti itu dijangkiti virus berkenaan ketika bercuti di Turki bersama keluarga baru-baru ini.

Menerusi media sosialnya, Ashanty dan keluarganya sampai di Jakarta, Indonesia pada Khamis.

Penyanyi itu memberitahu dia mula kuarantin di Hotel Sahid selepas tiba di Jakarta.

Bagaimanapun sehingga kini Ashanty dan Anang masih belum mengesahkan berita tersebut.

Sebelum ini, Ashanty berkongsi momen ketika dia bercuti di Turki termasuk berkongsi pengalaman suaminya melakukan transplantasi rambut di negara itu.

Ashanty pernah dijangkiti Covid-19 pada Februari tahun lalu sehingga mengalami sesak nafas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain