suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Irwansyah tarik balik laporan polis terhadap adik

Irwansyah tarik semula laporan polis terhadap adiknya Hafiz Fatur.

BINTANG Indonesia Irwansyah menarik semula laporan polis dan tindakan sivil terhadap adiknya Hafiz Fatur yang menyebabkan rumah dan keretanya disita pihak bank.

Hafiz Fatur dilaporkan ke Balai Polis Metro Jakarta Selatan pada 19 November 2021 dengan dakwaan pemalsuan tanda tangan akaun pinjaman bank.

"Kemungkinan akan kami tunda atau mencabut semula laporan terhadap Hafiz.

"Kami baru keluarkan surat berhubung penundaan pemeriksaan dan sekaligus menyampaikan bahawa klien kami memilih fokus ke tindakan sivil," kata peguam.

Sehingga kini Hafiz Fatur yang didakwa masih berstatus sebagai buruan polis.

Terdahulu, Irwansyah menjadi salah seorang mangsa apabila Hafiz Fatur memalsukan dokumen dan tandatangan untuk membuat pinjaman wang berjumlah 2 bilion Rupiah (RM600,000) daripada bank.

Dokumen tersebut ialah surat tanah dan kenderaan mewah milik suami Zaskia Sungkar. - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia