suria

Rumah digeledah pihak berkuasa, isteri Irwansyah rayu adik ipar serah diri... Janji tak tuntut harta yang disita

Zaskia mohon Hafiz segera serah diri

SUSULAN kes pemalsuan dokumen yang melibatkan adik kepada Irwansyah iaitu Hafiz Fatur, pihak berkuasa bertindak menggeladah rumah penyanyi dan pelakon itu bagi mencari bahan bukti.

Beberapa bahan bukti seperti buku akaun bank dan sijil jual beli tanah atas nama Hafiz ditemui dalam operasi tersebut pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Irwansyah tarik balik laporan polis terhadap adik

Menurut pihak berkuasa, penggeledahan dilakukan kerana Hafiz tinggal bersama Irwansyah. Rumah tersebut juga telah disita.

Sementara itu, isteri kepada Irwansyah iaitu Zaskia Sungkar memohon agar Hafiz segera menyerah diri kepada pihak polis.

irwansyah dan hafiz

Hafiz (kanan) menjadi buruan pihak berkuasa

“Saya cuma harap Hafiz boleh bertanggungjawab. Jangan bersikap tidak gentle begini.

“Kami sudah ikhlas dan tidak akan menuntut semula soal harta.

“Serah diri sahaja,” ungkap Zaskia.

Sebelum ini, Hafiz menjadi buruan polis kerana disyaki melakukan jenayah penyelewengan duit.

Nama Irwansyah turut terkait apabila adiknya itu memalsukan dokumen dan tandatangan untuk membuat pinjaman bank. -LIPUTAN6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain