suria

Lama menghilang gara-gara putus cinta, Zayn Malik muncul dengan imej berjanggut tebal

Cukup berbeza... penampilan Zayn Malik terkini (kiri) dan semasa bahagia bersama Gigi Hadid.

UMUM mengetahui hubungan pasangan selebriti terkenal iaitu Zayn Malik dan Gigi Hadid telah berakhir pada Oktober tahun lalu.

Sejak itu, bekas anggota kumpulan One Direction ini dilihat semakin jarang membuat kemunculan di khalayak dan laman sosial miliknya juga sepi tanpa sebarang muat naik peribadi.

Terbaharu, Zayn menerusi Instagram berkongsi foto terkini penampilannya yang ternyata berbeza dengan imej ketika dia bersama Gigi.

Dalam muat naik itu, Zayn tampil dengan wajah berkumis dan janggut tebal mengenakan jaket bersama kaca mata hitam berbentuk bulat.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 29 tahun ini tidak menulis sebarang kapsyen dalam perkongsiannya itu.

zayn gigi

Hubungan pasangan ini berakhir Oktober tahun lalu.

Penampilan terkini Zayn itu mengejutkan ramai pengikut dan rata-ratanya menyukai imej terbaharu penyanyi lagu Better ini.

Pada 30 Oktober tahun lalu, hubungan Zayn dan Gigi dikatakan sudah berakhir selepas setahun menyambut kelahiran anak perempuan bernama Khai Hadid Malik.

Menurut sumber perpisahan itu berlaku disebabkan pertengkaran antara Zayn dan ibu kepada Gigi iaitu Yolanda.

Biarpun tidak lagi bersama namun Gigi dan Zayn tetap bersama-sama menjaga anak mereka dengan baik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain