PELAKON Zhang Linghe terpaksa berpindah ke lima buah hotel dalam satu malam gara-gara dikejar peminat fanatik yang mengekorinya.
Kejadian tersebut berlaku ketika Zhang, 27, berada di Changsha, Hunan bagi menghadiri sebuah acara rasmi.
Disebabkan situasi tidak selamat itu membuatkan pihak pengurusan Zhang mengambil langkah berjaga-jaga dengan menukar hotel sebanyak lima kali dalam tempoh beberapa jam.

Keadaan di hadapan hotel sangat tidak terkawal.
Menurut pihak pengurusan, peminat bukan sekadar obses dengan aktor berkenaan namun turut menyebarkan lokasi hotel tempat Zhang menginap di media sosial.
Situasi itu membuatkan peminat membanjiri hotel tersebut dan menimbulkan kekecohan.
Rata-rata peminat yang hadir dikatakan cuba menceroboh masuk ke bangunan meskipun dihalang oleh pasukan keselamatan.
Lebih menakutkan, ada peminat yang menyelinap masuk ke hotel lebih awal dan bersembunyi dalam stor sepanjang malam.
ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink trauma, dikejar peminat fanatik sampai ke rumah
ARTIKEL BERKAITAN: Peminat fanatik berhabis RM75,000 demi foto polariod bersama Mark NCT 127
Disebabkan situasi tidak terkawal dan kekurangan anggota keselamatan, acara tersebut terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.
Malah segelintir peminat juga meluahkan rasa kecewa apabila tidak dapat bertemu dengan Zhang disebabkan kejadian tersebut.
Zhang mula meraih populariti selepas membintangi beberapa drama bersiri terkenal termasuk Love Between Fairy and Devil, My Journey to You dan The Princess Royal.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


