suria

Mahalini menangis selepas setahun berehat… “Saya rindu nak menyanyi”

Mahalini menangis kembali menyanyi selepas bersalin.

PENYANYI Mahalini tidak dapat menahan air mata ketika membuat kemunculan pertamanya di hadapan media selepas hampir setahun berehat daripada dunia nyanyian.

Menurut Mahalini, 25, kesempatan untuk kembali bertemu peminat adalah perkara yang sudah lama dirindukan. 

“Semoga kerinduan peminat kepada saya terubat pada petang ini. 

Mahalini gagal menahan air mata selepas dapat menyanyi kembali.

“Jujur saya rindu sangat nak kembali menyanyi. Saya rindu nak menyanyi di hadapan ramai orang seperti hari ini (Rabu),” katanya. 

Mahalini berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Mahalini KOMA yang diadakan di Hotel FX Sudirman, Jakarta, Indonesia pada Rabu. 

Dalam masa sama, Mahalini memberitahu tempoh berehat memberinya ruang untuk kembali menyusun impian serta memperbaiki diri. 

Penyanyi lagu Sial itu juga mendoakan agar semua yang hadir diberi kemudahan dalam apa jua yang dilalui.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai 3 bulan bersalin dah langsing, Mahalini pun keliru macam mana boleh kurus

ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman pertama umrah penuh keajaiban, Mahalini tak sangka doa dimakbulkan sekelip mata

“Saya mempunyai banyak impian dan saya doakan apa pun impian anda termakbul seperti impian saya.  

“Seberat apa pun yang anda lalui semoga dipermudahkan oleh Allah. Semoga umur kita dipanjangkan, biar kita boleh bertemu lagi. 

“Terima kasih semuanya jumpa lagi nanti,” ujarnya. 

Terdahulu, sejak hamil cahaya mata pertama Mahalini memilih untuk berehat daripada industri seni. 

Mahalini ketika selamat bersalin anak perempuan.

Selepas melahirkan, Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian pada Februari lalu, penyanyi berkenaan memberi fokus sepenuhnya kepada anak dan keluarga. 

Untuk rekod, Mahalini atau Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja dan Rizky Febian mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2024 di Hotel Raffles, Jakarta, Indonesia.

Pasangan itu kemudian dilaporkan bernikah sekali lagi pada 27 Disember lalu selepas pernikahan mereka didapati tidak sempurna daripada segi rukun nikah ditetapkan dalam agama Islam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia