PELAKON Sharifah Sakinah menyeru orang ramai agar memboikot sebuah jenama fesyen dalam talian dari China yang dipercayai terpalit dengan pelbagai eksploitasi dalam proses pengeluaran produk.
Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 36, berkata kebimbangan terhadap penggunaan jenama tersebut semakin meningkat selepas dikaitkan dengan kontroversi penjualan patung seks berimej kanak-kanak.
Sakinah juga meluahkan rasa kesal apabila masih ramai pengguna yang memilih membeli produk jenama tersebut walaupun pelbagai dakwaan telah tular sebelum ini.

Luahan Sakinah terhadap jenama fesyen.
"Bagaimana nak suruh netizen berhenti beli ya? Ada Idea?
"Jenama itu memberi kesan buruk kepada alam sekitar, boleh menjejaskan kesihatan, menggunakan buruh kanak-kanak, membayar pekerja dengan upah yang sangat rendah.
"Sekarang dikaitkan pula dengan isu patung seks berimej kanak-kanak. Ada banyak jenama macam ini tapi nak sebut dulu. Berhenti menyokong fast fesyen!," luahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Sakinah tayang wajah suami, berbulan rahsia selepas sah bernikah
ARTIKEL BERKAITAN: “Individu tepat adalah lelaki yang pandai menjaga ibu dan anak-anaknya” - Sharifah Sakinah
Sakinah berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Thread miliknya pada Selasa.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai sekali gus berterima kasih kepada pelakon berkenaan yang menyebarkan kesedaran mengenai bahaya jenama itu.
Malah rata-rata daripada mereka mengakui tidak mengetahui tentang eksploitasi yang berlaku mengenai jenama berkenaan.

Suara Sakinah tentang jenama fesyem diterima peminat.
"Setuju! Ada sebab kenapa harga begitu. Pasti ada yang terseksa.
"Baru tahu, terima kasih sebab maklumkan. Kena berhenti membeli selepas ini.
"Adoi, sudahlah baru nak berjinak-jinak. Selama ini pernah dengar tapi tak tahu sahih atau tidak," antara komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


