PELAKON Sharifah Sakinah akhirnya terbuka berkongsi wajah lelaki dipercayai suami yang dinikahi sejak April lalu.
Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired dilihat menghadiri satu acara bersama lelaki yang dikenali sebagai Cyril Kongo itu.
Malah menerusi hantaran yang di muat naik, dia juga menggelarkan lelaki tersebut sebagai 'laki' atau suami.
Sakinah dan Cyril hadir bersama di sebuah majlis.
"Tahukah anda 'laki' saya kuat menyakat saya," katanya.
Malah dalam hantaran foto dan video yang dimuat naik, Sakinah meluahkan rasa gembira apabila dapat meluangkan masa bersama suaminya itu pada majlis berkenaan.
"100 peratus premium family fun," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Sakinah kahwin minggu lalu, sorok identiti suami atas alasan peribadi
ARTIKEL BERKAITAN: Sakinah bahagia tanpa media sosial, kehidupan peribadi bukan untuk tatapan umum
Kedua-dua mereka menghadiri acara sebuah jenama jam tangan mewah.
Menerusi pemerhatian, Cyril merupakan seorang artis asal Perancis yang banyak menghasilkan lukisan dinding.
Sebelum ini Sakinah pernah mendedahkan dia sudah kembali berumah tangga namun enggan berkongsi secara terperinci perihal suaminya itu.
Sakinah terbuka berkongsi gambar bersama Cyril.
Untuk rekod Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan Aliff Adha pada 2015 namun bercerai pada 2020.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Anais Adha yang kini berusia 8 tahun.
Sakinah kemudian kembali bertemu jodoh dengan lelaki asal Sweden bernama Michael hansen pada 2021 dan ia juga berkahir dengan perceraian dua tahun kemudian.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube