suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sakinah bahagia tanpa media sosial, kehidupan peribadi bukan untuk tatapan umum

Sakinah bahagia hidup tanpa media sosial.

BEBERAPA bulan tidak aktif di media sosial, pelakon Sharifah Sakinah seronok dengan keputusan diambil demi kebahagiaan diri sendiri.

Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 39, berkata, akaun media sosialnya kini diuruskan oleh kakaknya sekiranya memerlukan dia memuat naik sebarang perkara berkaitan kerja.

“Saya sudah lama tak buka media sosial, beberapa bulan juga dan itu buatkan saya seronok.

Sakinah tak mahu kehidupan peribadi jadi tatapan umum.

“Hidup saya pun semakin bahagia sebab tidak tahu apa jadi di luar sana. Selalunya kakak yang tolong muat naik apa-apa.

“Tanyalah fasal gosip artis mana-mana sekarang pun memang saya tak tahu,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, kata Sakinah dia tidak mahu kisah peribadinya dijadikan topik perbualan netizen di media sosial.

Tambah Sakinah, dia juga risau jika apa dimuat naik boleh mengundang kecaman netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakinah kahwin minggu lalu, sorok identiti suami atas alasan peribadi

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Sakinah tolak tawaran bedah ‘eye bag’, ikut petua lama untuk kekal sihat

“Tak perlu saya kongsikan tentang kehidupan peribadi saya tambah pula saya ada anak.

"Saya tak mahu mengundang komen buruk, jadi apabila ada benda boleh saya kongsikan, baru saya muat naik di media sosial," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Sakinah sedang sibuk mempromosikan drama lakonannya berjudul Wok yang sedang ditayangkan di platform penstriman Unifi TV.

Selain Sakinah, pelakon lain yang turut membarisi drama berkenaan ialah Azhan Rani, Nafiez Zaidi, Lisdawati, Noorkhiriah, Aida Aris dan Nelissa Nizam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain