PELAKON Pekin Ibrahim antara individu yang banyak memberi tunjuk ajar kepada rakan artis, Fattah Amin ketika aktor itu masih baharu dalam industri.
Mengimbas kembali kerjasama awal mereka, Pekin atau Mohd Iznan Ibrahim, 44, memberitahu dia pernah memberi peluang kepada Fattah untuk terlibat dalam sebuah drama ketika dia digelar 'pelakon kayu'.
Berbangga melihat perkembangan terkini rakannya itu, Pekin juga memuji lakonan mantap Fattah dalam filem terbaharu mereka berjudul Kulit Wayang.
Pekin (kanan) sentiasa memberi dorongan buat Fattah untuk terus berlakon.
"Sewaktu netizen kutuk dia sebagai pelakon ‘kayu’, saya ambil dia berlakon untuk sebuah telemovie. Saya menjadi pengarah dan membuat keputusan untuk memilih dia sebagai hero.
"Saya asah bakatnya sepanjang penggambaran tersebut.
"Saya rasa lakonan terbaik Fattah sepanjang karier bergelar pelakon adalah dalam filem Kulit Wayang," katanya kepada mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Pekin Ibrahim belasah kru produksi intai pelakon wanita di homestay... “Bila kantoi dia buat-buat sembahyang”
ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin Dikritik Berlakon Macam 'Kayu'
Percaya akan bakat yang dimiliki aktor berkenaan, Pekin juga tidak mahu Fattah mudah patah semangat gara-gara kecaman yang pernah diterima sebelum ini.
Sebagai seorang yang berpengalaman dalam industri seni, dia juga sedar setiap pelakon akan melalui fasa berbeza sebelum menjadi terbaik.
"Semua orang bermula dengan kosong. Drama lakonan pertama saya juga 'kayu'. Tapi dulu tiada istilah sebegitu.
"Saya tak mahu isu pelakon ‘kayu’ ini berlaku lagi. Fattah ada potensi dalam lakonan.
"Saya tidak mahu dia down. Bukan mudah untuk bangkitkan semangat semula," ujarnya.
Fattah pernah digelar pelakon 'kayu' sewaktu di awal kemunculannya dalam bidang seni.
Pekin dan Fattah sama-sama terlibat dalam filem Kulit Wayang yang ditayangkan pada awal Mei lalu.
Sekitar tahun 2014, Fattah menerima kritikan di media sosial yang mengatakan dia tidak layak menjadi pelakon kerana lakonannya kaku selepas kemunculan menerusi drama Playboy Itu Suami Aku.
Fattah bagaimanapun memberitahu dia tidak pernah berkecil hati malah mengambil kritikan itu sebagai pembina semangat untuk terus mengasah bakat dalam menjadi pelakon lebih baik.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!