suria

Setahun tuntut hutang, Naufal Azrin bakal dedah identiti jika gagal bayar

Naufal masih belum menerima baki hutang daripada bekas pihak pengurusannya. 

LEBIH setahun menunggu, penyanyi Naufal Azrin masih belum menerima baki hutang daripada bekas pihak pengurusannya. 

Enggan terus berdiam, Naufal atau Ahmad Naufal Azrin, 27, tidak teragak-agak untuk mendedahkan identiti pihak terbabit sekiranya gagal melunaskan hutang berjumlah kira-kira RM10,000.

“Habis bulan Jun ini kalau tak bayar lagi aku tunjuk muka handsome dia. 

Perkongsian Naufal yang dimuat naik di Instastory miliknya. 

“Ini kali kita kasi lingkup,” katanya. 

Naufal menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Khamis. 

Sementara itu, ketika dihubungi mStar, Naufal memaklumkan hasil perbincangan dengan pihak berkenaan gagal mencapai jalan penyelesaian. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tahun bercinta, Naufal Azrin bertunang dengan guru

ARTIKEL BERKAITAN: Syarikat pengurusan berdegil tak nak bayar hutang, Naufal Azrin beri tempoh 2 minggu - “Jangan bagi alasan keluarga susah atau sakit”

“Ada berbincang, tapi hanya berjumpa jalan buntu. 

“Perkara itu tak dapat selesai sedangkan boleh dilakukan secara baik. Dia menyukarkan keadaan,” ujarnya. 

Tambah Naufal, dia tampil berduara sebagai mewakili suara beberapa lagi rakan artis yang dikatakan turut menjadi mangsa pihak terbabit. 

Baginya jumlah hutang tersebut bukan perkara utama yang diperjuangkan, tetapi lebih kepada memperjuangkan hak seseorang.

“Tiada gerakan apabila isu ini berlaku. Jadi biarlah saya bersuara mewakili artis-artis lain yang juga menjadi mangsa,” luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain