suria

Nama ‘dipetik’ bakal naik pelamin, Hawa Rizwana belum jumpa calon suami

Hawa Rizwana, Hawa belum jumpa calon suami, calon suami Hawa Rizwana, gosip cinta Hawa Rizwana

PENYAMPAI radio dan pelakon, Hawa Rizwana terkejut apabila namanya dikaitkan sebagai selebriti yang didakwa bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Ini susulan pendedahan seorang pereka fesyen, Halim Asmuni yang sedang menyiapkan rekaan busana pengantin seorang selebriti bermula dengan huruf 'Ha'.  

Bagaimanapun, Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 30, menyangkal dakwaan tersebut dan menegaskan dia masih belum mempunyai calon suami.

Nama Hawa dipetik berhubung gosip tular pernikahan pelakon dan penyampai radio.

“Saya terkejut apabila pengurus saya beritahu pagi tadi, sudah ada yang menghubungi untuk bertanya sama ada saya akan berkahwin.

“Saya ingin tegaskan individu itu bukan saya. Calon suami pun belum ada lagi,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Jelas Hawa, buat masa ini dia lebih selesa berkawan tanpa sebarang komitmen cinta kerana mahu memberi fokus kepada kerjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum ada insan istimewa di hati Hawa Rizwana, pelik muncul gosip sedang bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Selamba bertepuk tangan dengan penyanyi baharu, Hawa Rizwana mohon maaf khilaf soal pergaulan

“Sejak kebelakangan ini saya sering dihujani soalan bila mahu berkahwin.

"Sebenarnya saya belum puas menikmati kehidupan solo. Saya masih mahu mencuba perkara baharu, terutamanya dalam bidang seni.

"Kebebasan tanpa terikat dengan sebarang perhubungan membolehkan saya buat apa yang saya suka.

“Saya tidak pernah letakkan sasaran umur untuk berkahwin. Cuma apa yang pasti, bukan tahun ini,” katanya.

Hawa masih belum bertemu dengan calon suami. 

Sebelum ini, dalam perkongsian di Threads Halim berkongsi mengenai sulaman tulisan jawi pada sehelai veil milik seorang selebriti wanita bermula dengan huruf ‘Ha’.

Dia juga menyatakan selebriti tersebut akan berkongsi berita gembira itu apabila tiba masa sesuai.

Bagaimanapun sehingga kini identiti sebenar selebriti yang dimaksudkan masih menjadi tanda tanya dan belum didedahkan secara rasmi oleh pereka tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain