suria

Shuk Sahar dituduh simpan dokumen jantung Fara Salleh, minta bibik geledah rumah

Shuk (kanan) menafikan dakwaan sengaja menyimpan dokumen diagnosis jantung milik isteri.

ENGGAN terus dipersalahkan, pelawak Shuk Sahar meminta pembantu rumah menggeledah seluruh kawasan dalam kediamannya bagi mencari dokumen penting berkaitan masalah jantung Fara Salleh, yang didakwa berada dalam simpanan. 

Shuk atau Muhammad Shukri Mohammed Sahar, 39, berkata, dia terpaksa meminta pertolongan pembantu rumahnya itu kerana enggan dituduh menyembunyikan dokumen tersebut.

"Kak saya cuma nak tanya, akak dah cari seluruh rumah ini ada tak dokumen jantung?

"Sebab nanti orang ingat saya simpan dokumen jantung itu. Nanti boleh tak akak tolong cari di seluruh rumah, cari dalam kereta saya semua. 

Shuk berkongsi bukti kenyataan dibuat oleh pembantu rumah.

Shuk berkongsi bukti kenyataan dibuat oleh pembantu rumah.

"Kalau ada, akak beri pada saya ya," ujarnya. 

Shuk berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam perkongsian tersebut, Shuk dan wanita dipercayai pembantu rumah tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan Fara yang mengatakan dia menyimpan dokumen penting berkaitan masalah jantungnya.

Malah pembantu rumah itu mendakwa Fara meminta pertolongannya untuk mengemas barang sebelum meninggalkan rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh haramkan Shuk Sahar jumpa anak, rayu mahu rujuk

ARTIKEL BERKAITAN: 3 kali masuk wad akibat masalah jantung, isteri Shuk Sahar tolak nasihat gugur kandungan

"Saya jumpa dokumen bayi sahaja. 

"Lagipun dia (Fara) kemas sendiri dengan pertolongan saya. Tak ada apa yang tinggal hanya baju dobi," katanya. 

Pada Selasa, Fara memuat naik hantaran di Instastory miliknya memaklumkan dia masih belum menerima dokumen diagnosis jantung yang berada dalam simpanan Shuk. 

Dakwa Fara, dokumen tersebut diperlukan bagi memudahkan proses melahirkan cahaya mata pertamanya dan menganggap Shuk sengaja ingin menyukarkan urusannya. 

Shuk (kiri) kesal dituduh tidak memberikan kerjasama terhadap isteri.

Shuk (kiri) kesal dituduh tidak memberikan kerjasama terhadap isteri.

Pada November tahun lalu, Fara mendedahkan mempunyai masalah jantung dan terkejut apabila dia disahkan hamil ketika melakukan pemeriksaan kesihatan. 

Kata Fara, dia sepatutnya menjalani operasi pembedahan jantung namun prosedur itu ditangguhkan. 

Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023.

Bagaimanapun, Shuk didakwa melafazkan cerai talak satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain