suria

[V] Sudah miliki dua anak, Bella Astillah segan cerita hubungan dengan Syed Saddiq

SERING mempamerkan aksi mesra di media sosial bersama Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq, penyanyi dan pelakon Bella Astillah meminta maaf sekiranya terdapat pihak berasa kurang senang dengan perkara itu.

Jelas Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, setiap adegan romantis yang ditunjukkan itu hanyalah sebagai tuntutan kerja.

“Kepada semua yang selalu nampak kami bersama, saya minta maaf kalau ada yang kurang senang.

Bella memohon maaf sekiranya ada pihak berasa kurang senang dengan aksi mesra mereka.

“Semua itu adalah kolaborasi yang kami perlu selesaikan termasuk kerja dari klien termasuk siaran langsung bersama,” katanya kepada mStar.

Bella memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada pelancaran lagu terbarunya bertajuk Lebih Indah Berpisah di Kuala Lumpur pada Khamis.

Bagaimanapun kata Bella, setiap kemesraan yang dipamerkan oleh Syed Saddiq itu berlaku secara spontan dan bukannya lakonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya seminggu berlatih, anak Bella Astillah berjaya tamatkan acara renang 400 meter di dalam laut 

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah teman Syed Saddiq buat lasik, netizen seloroh masa depan bakal jadi ‘cerah’

“Semua tahu dia bukan seorang pelakon. Jadi semua yang ditunjukkan dalam video itu adalah spontan,” ujarnya.

Dalam masa sama, mengulas mengenai hubungan sebenarnya bersama Syed Saddiq, Bella hanya meminta orang ramai supaya mendoakan yang terbaik buat mereka.

“Saya segan sebab mempunyai dua orang anak. Nak cakap lebih pun rasa kurang manis. Mungkin kedengaran klise, tetapi doakan yang baik-baik.

“Saya tidak mahu cakap lebih-lebih sebab ada hati dan keluarga yang perlu saya hormati,” ujarnya.

Mengulas mengenai lagu terbarunya yang ditulis oleh penyanyi dan komposer Ade Govinda, Bella berkata karya tersebut sangat istimewa buat dirinya.

Bella (kanan)  berkata setiap kemesraan yang dipamerkan Syed Saddiq berlaku secara spontan.

Penyanyi itu berharap supaya lagu tersebut juga dapat memberikan kekuatan kepada sesiapa sahaja yang sedang berdepan dengan kesedihan dalam kehidupan percintaan.

“Saya mahu lagu ini diterima dengan baik dan menjadi teman kepada sesiapa sahaja yang sedang melalui fasa sukar dalam kehidupan mereka.

“Saya harap lagu ini dapat diterima baik di Malaysia malah di Indonesia,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain