suria

Sedih diherdik asyik nyanyi lagu Bukan Lagi Kita, Nadeera Zaini harap peminat tidak bosan

Nadeera mahu menghasilkan karya baharu setanding lagu Bukan Lagi Kita.

TIDAK dapat menyembunyikan perasaan, penyanyi Nadeera Zaini berasa sedih apabila ada segelintir netizen yang mengecam dan mengherdik kerana sering menyanyikan lagu sama pada setiap persembahan.

Menyifatkan lagu Bukan Lagi Kita membawa tuah, Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 32, berkata, dia begitu menghargai karya ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh itu kerana berjaya memperkenalkan dirinya dalam industri muzik tempatan.

"Bukan Lagi Kita boleh dianggap sebagai karya pertama yang membuatkan orang ramai mula mengenali saya.

Nadeera mengakui ada membaca komen-komen netizen di media sosial.

Nadeera mengakui ada membaca komen-komen netizen di media sosial.

"Lagu ini juga berjaya membawa saya ke satu tahap baharu apabila menerima pengiktirafan pada tahun ini.

"Jadi agak sedih apabila ada yang mengatakan saya sering membawakan lagu itu saja dalam mana-mana persembahan," katanya kepada mStar.

Nadeera berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara Showcase Big Stage Alpha yang diadakan di Pavilion, Kuala Lumpur pada malam Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat dah ada studio sendiri... Nadeera tunjuk foto lama, dulu kerja ambil ‘order’ di kedai makan

ARTIKEL BERKAITAN: Tawaran semakin rancak sejak menang AJL, harga Nadeera Zaini tetap sama

Menurut Nadeera, sebagai pemilik suara lagu Bukan Lagi Kita dia sentiasa membaca komen-komen peminat terhadap lagu yang disampaikan.

"Selain komen positif, saya juga ada terbaca komen orang yang mengatakan Nadeera sudah tiada lagu lain ke? Asyik lagu sama sahaja.

"Bagi saya, setiap orang mempunyai pilihan dan ada yang sentiasa ingin mendengar lagu ini.

Agak sedih apabila ada yang mengatakan saya sering membawakan lagu itu saja. 

NADEERA ZAINI

PENYANYI

"Saya harap lagu ini menjadi malar segar di Malaysia. Harapnya peminat tidak bosan,” ujarnya.

Nadeera bagaimanapun memberitahu dia agak tertekan untuk mencari naskhah baharu bagi mengekalkan momentum Bukan Lagi Kita yang dianggap sebagai ‘killer song’.

Kongsinya, dia berharap peminat dapat memberikan sokongan berterusan untuk karya-karya yang dihasilkan selepas ini.

"Saya harap dapat menghasilkan lagu baharu yang setanding dengan Bukan Lagi Kita. Moga lagu baharu saya nanti dapat sambutan yang sama.

"Memang agak risau sebab lagu ini juga satu rezeki. Kita tidak tahu bagaimana nasib akan datang.

Nadeera menganggap lagu Bukan Lagu Kita bawa tuah kepadanya.

Nadeera menganggap lagu Bukan Lagu Kita bawa tuah kepadanya.

"Jadi kepada peminat semua terus mendoakan saya untuk kekal dalam industri dan ada lagu yang boleh diterima ramai,” katanya.

Untuk info, Bukan Lagi Kita berjaya memperkenalkan nama Nadeera dalam industri muzik tanah air.

Lagu tersebut juga membawa tuah apabila dinobatkan sebagai Naib Juara di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) pada Februari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain