suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zara Zya tidak ‘berkira‘ dengan penaja... Namun pihak produksi perlu telus ketika penggambaran

Zara tidak keberatan membantu peniaga untuk melakukan reviu produk.

PELAKON Zara Zya menganggap tindakan penerbit atau pihak produksi memohon tajaan bagi menjayakan sesebuah penggambaran adalah perkara biasa yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, berkata, ketika berada di lokasi penggambaran dia tidak keberatan membantu peniaga khususnya usahawan kecil dengan mempromosikan produk mereka menerusi media sosial.

Dia turut mengakui pernah berdepan pengalaman namanya digunakan untuk tujuan promosi tanpa pengetahuan, namun perkara itu tidak kerap berlaku.

Sebagai selebriti Zara tiada masalah untuk berkongsi reviu di media sosial miliknya. 

“Macam saya memang tak kisah. Setakat nak masukkan dalam Instagram Story, okey saja, tiada masalah.

“Ada juga mereka sendiri yang tanya boleh tak ambil gambar atau video. Tak semestinya kita yang perlu muat naik, boleh juga untuk kegunaan mereka sendiri,” katanya ketika dihubungi mStar.

Tambah Zara, urusan tajaan bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak dan tidak sepatutnya diperbesarkan sekiranya masing-masing memahami manfaat yang boleh diperoleh.

ARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima abai persepsi netizen, tiada paksaan taja makanan produksi 

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle bangkang ‘budaya‘ produksi minta tajaan... “Kalau tak buat, saya pula yang diva“

“Bagi saya, benda itu win-win situation. Tak salah untuk minta tajaan dan tak salah juga untuk menaja.

“Kalau tak setuju, tak perlulah cakap buruk tentang orang lain. Sebenarnya ramai lagi yang sudi memberi tajaan. Semuanya bergantung kepada persetujuan masing-masing,” ujarnya.

Bagaimanapun, Zara mengakui ada kalanya artis tidak mengetahui mengenai tajaan yang diterima pihak produksi kerana urusan berkenaan dibuat tanpa pengetahuan mereka.

Setakat nak masukkan dalam Instagram Story, okey saja, tiada masalah

ZARA ZYA 

PELAKON 

“Kadang-kadang ada yang dapat tajaan, tetapi artis tak tahu. Ada juga kita lambat dapat tahu atau memang tak tahu langsung.

“Apabila makanan sampai, mereka terus makan. Kita pula mempunyai ramai anggota pasukan, jadi susah untuk menyalahkan mana-mana pihak.

“Sepatutnya orang yang menerima tajaan itu pandai menguruskan. Bila makanan sampai, letak tepi dahulu dan maklumkan supaya boleh ambil gambar,” jelasnya.

Zara kongsi pandangan tentang isu tajaan makan di lokasi penggambaran. 

Terdahulu, seorang pengguna Threads mempersoalkan tindakan sesetengah penerbit yang meminta tajaan makanan untuk kru produksi sepanjang menjalani penggambaran.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk segelintir yang turut mempersoalkan amalan berkenaan.

Artikel Lain