suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diana Danielle bangkang ‘budaya‘ produksi minta tajaan... “Kalau tak buat, saya pula yang diva“

Diana kurang senang apabila perlu melakukan video promosi.

MENGULAS tentang isu produksi meminta tajaan untuk penggambaran, pelakon Diana Danielle memberitahu dia pernah diminta untuk merakamkan video sebagai tanda promosi sesebuah produk.

Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 35, juga tidak bersetuju apabila produksi menggunakan nama pelakon dengan tujuan untuk mendapatkan tajaan.

"Guna nama pelakon untuk dapat tajaan lokasi sehinggalah makanan.

Komen balas Diana di Threads. 

"Lepas itu setiap kali datang lokasi saya kena buat video dan ambil gambar untuk ucap terima kasih kepada penaja," katanya.

Diana menulis perkara tersebut sebagai komen balas terhadap satu hantaran di Threads yang meluahkan rasa kurang senang terhadap produksi yang meminta tajaan.

Lebih menyedihkan bagi Diana, ada pula yang tersalah anggap apabila dia enggan melakukan video promosi seperti yang diminta.

ARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima abai persepsi netizen, tiada paksaan taja makanan produksi 

ARTIKEL BERKAITAN: “Pandai, tak tolol” - Diana Danielle tukar kriteria pilih pasangan, kini cari lelaki bertanggungjawab

"Kalau saya tak buat, saya pula yang diva. Satu kerja pula. Mereka jimat bajet," ujarnya.

Sebelum itu, seorang pengguna Threads tampil mempersoalkan tindakan penerbit yang meminta tajaan makanan bagi kru produksi sesebuah penggambaran.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai respons, termasuk daripada mereka yang juga kurang bersetuju dengan amalan tersebut.

Artikel Lain