PELAKON Datin Sofia Jane mengakui berdepan cabaran tersendiri untuk tampil dalam pementasan teater solo berjudul Thrown pada November ini.Sofia atau Sofia Jane Hisham, 54, berkata dia tidak mengambil masa yang lama untuk menerima tawaran menjayakan naskhah berkenaan selepas tertarik dengan tema kesihatan mental yang disifatkan dekat dengan kehidupan masyarakat masa kini. Kata Sofia, isu tersebut bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat setempat, malah menjadi realiti yang dihadapi ramai individu di seluruh dunia."Ramai orang berdepan masalah ini, jadi saya rasa tema ini sangat dekat dengan masyarakat dunia hari ini. Sofia mahu mencari kelainan watak dalam Thrown."Saya teruja untuk menyelami naskhah ini dan meneroka ke mana ia akan membawa saya bersama penonton," katanya kepada mStar. Mengulas mengenai cabaran beraksi secara solo di atas pentas, Sofia berkata pengalaman terdahulu mengajarnya bahawa reaksi penonton turut memainkan peranan penting dalam membentuk persembahan seseorang pelakon.Jelasnya, setiap penonton hadir dengan emosi dan reaksi berbeza yang secara tidak langsung memberi kesan terhadap tenaga serta penghayatan pelakon sepanjang pementasan.ARTIKEL BERKAITAN: Sofia Jane persoal isu ‘demand’, tak salah pelakon tuntut karya berkualitiARTIKEL BERKAITAN: Trofi bukan ukuran kehebatan, Sofia Jane sentuh isu pelakon berbakat tiada pencalonan FFM"Tiada pelakon yang akan cakap mereka yakin untuk berlakon secara solo di atas pentas. Bukan nak kata takut tetapi melalui pengalaman sebelum ini melakonkan pementasan secara solo, penonton itu sendiri akan menjadi cerminan pelakon. "Reaksi, keluhan atau gelak ketawa mereka sewaktu menonton adalah memberi kesan kepada pelakon. Penonton bersilih ganti pada setiap malam (pementasan)."Setiap penonton akan memberikan reaksi yang tidak sama, saya juga akan rasa lain sebagai seorang pelakon. Energi penonton itu sendiri yang akan memberikan sesuatu buat performer," ujarnya. Sofia teruja bakal beraksi dalam pementasan solo 'Thrown' pada November ini.Thrown mengisahkan seorang ahli psikologi kanak-kanak yang menelusuri rakaman audio lama zaman kecilnya serta rakaman milik pesakit bagi memahami pengalaman zaman kanak-kanaknya sendiri.Bagaimanapun, semakin kerap rakaman itu didengar dan diulang, semakin kabur batas antara kenangannya dengan memori pesakit sehingga menimbulkan persoalan tentang pemilik sebenar ingatan tersebut.Pementasan Thrown bakal berlangsung di The Studio, Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC), pada 20 hingga 22 November dan 27 hingga 29 November ini.Persembahan dijadualkan bermula pada pukul 8.30 malam, manakala sesi petang berlangsung pada pukul 3 petang.