suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bakal suami mengaku positif HIV, ajak jumpa doktor buktikan virus sudah ‘undetectable’... Wanita terfikir ‘angkat kaki’ daripada merana

Kejujuran dalam perhubungan penting bagi memastikan rumah tangga kekal harmoni. -Gambar hiasan AI

KEJUJURAN merupakan asas penting dalam sesebuah hubungan, terutama apabila pasangan mula merancang untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Namun, pengakuan yang tidak pernah dijangka bukan sahaja mengejutkan sesiapa sahaja malah mula mengundang rasa serba salah.

Itulah dilema dihadapi wanita ini apabila lelaki yang dikenalinya hampir dua tahun mendedahkan dirinya positif virus kurang daya tahan manusia (HIV) sebelum mereka meneruskan hubungan ke fasa lebih serius.

Menerusi perkongsian di Threads, dia menyatakan bahawa lelaki itu sentiasa menjaga batas pergaulan selain menghormatinya sebagai wanita.

Ujian HIV diwajibkan kepada setiap pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan

Ujian HIV diwajibkan kepada setiap pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan

"Saya kenal seorang lelaki ini dah hampir dua tahun. Baru sekarang dia ajak ke arah serius, sepanjang perkenalan, dia sangat jaga batas dan hormat saya.

"Tapi sebelum melangkah lebih jauh, dia jujur beritahu yang dia positif HIV," kongsinya yang kini dirundung dilema sama ada ingin meneruskan hubungan atau sebaliknya.

Ceritanya lagi, lelaki terbabit turut mengakui sedang mengambil ubat dan paras virus dalam darahnya sudah tidak dapat dikesan atau undetectable.

Malah katanya, bagi meyakinkan tahap kesihatan tersebut, pasangannya menyatakan kesediaan untuk membawanya berjumpa doktor bagi mendapatkan penerangan sekiranya mereka serius mahu mendirikan rumah tangga.

  • Wanita dilema selepas lelaki dikenalinya hampir dua tahun mengaku positif HIV.
  • Pengakuan dibuat sebelum hubungan mereka melangkah ke fasa lebih serius.
  • Lelaki itu mengatakan dia mengambil ubat dan paras virusnya tidak dapat dikesan.
  • Dia bersedia membawa wanita tersebut berjumpa doktor sebelum berkahwin.
  • Wanita menghargai kejujurannya tetapi masih terkejut dan takut meneruskan hubungan.

"Kalau kami serius nak kahwin, dia akan bawa saya jumpa doktor untuk bincang prosedur seterusnya. Sejujurnya, masa dia beritahu, saya terus terkedu," luahnya sayu.

Walaupun menghargai kejujuran lelaki berkenaan, pengadu mengakui masih terkejut dan takut kerana tidak pernah membayangkan dirinya akan berdepan situasi sedemikian.

Tambahan pula dia kini berasa buntu memikirkan langkah seterusnya dalam hubungan mereka.

"Saya hargai kejujuran dia, tapi dalam masa sama saya terkejut, takut dan tak tahu nak fikir apa. Tak pernah terlintas saya akan berdepan situasi macam ini.

"Kalau korang di tempat saya, apa yang korang akan buat? Ada tak yang pernah melalui situasi sama atau berkahwin dengan pasangan positif HIV?" soalnya cuba mendapatkan pandangan daripada warga maya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini pegang status PLHIV lepas setahun kahwin... Derita akibat suami kejam amal hubungan luar tabii

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin ‘perang’ besar di hospital, mengamuk tengok keputusan ujian saringan... Terkejut teman lelaki positif HIV!

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya memberikan pandangan dan nasihat berhubung situasi dialami.

Tidak kurang juga yang meluahkan kebimbangan sekiranya lelaki tersebut hanya ingin berkahwin demi menutup kegiatan songsang yang dilakukan.

"Ada kawan yang berkahwin dengan PLHIV dan mereka tidak dijangkiti tapi sebolehnya kena tahu macam mana dia dapat tu sebab kalau daripada ibu boleh  dimaafkan.

"Jangan teruskan, awak tak perlu nak tanggung beban atas dosa yang dia lakukan.

"Tanya dulu soalan macam mana dia boleh dapat, kalau sendiri cari 'aktiviti luar', kena tahu dia dah berhenti atau masih dalam kelompok sama," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain