suria

Wanita ini pegang status PLHIV lepas setahun kahwin... Derita akibat suami kejam amal hubungan luar tabii

Kejujuran adalah kunci kebahagian rumah tangga. -Gambar hiasan AI

SEORANG pengguna media sosial menarik perhatian warganet apabila berkongsi kisah tragis menimpa bekas rakan sepejabatnya yang menjadi mangsa perkahwinan tanpa kejujuran.

Lebih menambah rasa sedih apabila dia menyatakan insiden tersebut berlaku di saat rakannya begitu teruja untuk mendirikan rumah tangga.

"Tengah panas cerita pasal gay ni, teringat rakan pejabat aku dulu... dia memang teruja sangat nak kahwin.

Hubungan songsang antara punca penularan HIV. -Gambar hiasan AI

Hubungan songsang antara punca penularan HIV. -Gambar hiasan AI

"Tapi lepas mendirikan rumah tangga, baru dia tahu bahawa suaminya seorang gay," ujarnya di Thread.

Menurutnya, selepas mengetahui kecenderungan seksual suami, rakannya memilih untuk bercerai.

Namun malangnya, dia disahkan positif HIV dipercayai akibat hubungan songsang suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya nak jadikan dia isteri tapi saya seorang PLHIV” - Hidap HIV selepas terlanjur dengan rakan sekampus, jurutera teruja bakal timang anak

ARTIKEL BERKAITAN: Staf kesihatan terbeban, makin ramai isteri ‘tak bersalah’ dijangkiti HIV gara-gara bersuamikan lelaki biseksual

"Kawan aku kena HIV dan masih dalam rawatan, kesian.

"Mereka pun dah bercerai tapi apa yang berlaku sangat menakutkan," tambahnya yang bersimpati dengan nasib rakan tersebut.

Bimbang perkara sama berlaku pada golongan wanita, dia menitipkan nasihat supaya lelaki yang mempunyai kecenderungan homoseksual agar tidak berkahwin.

  • Rakan teruja kahwin, tapi suami rupanya gay.
  • Selepas cerai, dia disahkan positif HIV.
  • Ujian pra-kahwin dulu negatif, dijangkiti setahun lepas kahwin.
  • Pemilik hantaran pesan lelaki gay jangan kahwin dengan perempuan.
  • Netizen simpati dan kecam perbuatan menipu pasangan.

Baginya, tindakan tersebut hanya akan memusnahkan masa depan golongan wanita seperti dialami rakannya yang disahkan HIV selepas setahun mendirikan rumah tangga.

"Dia buat ujian HIV sebelum kahwin tapi pada masa itu memang negatif.

"Tapi selepas setahun (berkahwin), dia buat pemeriksaan kesihatan sebab syak ada gejala HIV dan doktor sahkah dia positif," tambahnya.

Warga maya turut meluahkan kebimbangan tentang situasi yang berlaku.

Warga maya turut meluahkan kebimbangan tentang situasi yang berlaku.

Kisah yang dikongsi itu mengundang pelbagai reaksi warganet, rata-ratanya bersimpati terhadap nasib mangsa dan mengecam perbuatan pasangan yang menipu mengenai orientasi seksual sehingga membawa padah.

"Kesan perbuatan gay ni boleh merosakkan orang lain.

"Tolonglah jauhkan lelaki macam ni daripada keturunan aku.

"Mereka kahwin dengan perempuan sebab nak tutup diri gay, ramai yang macam ni. Sebab itu wujud penyakit lemah tenaga batin.

"Nak tutup aktiviti haram tapi aniaya orang lain pula," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain