suria

Sembang ‘kencang’ amal gaya hidup T20, guna barang berjenama... Wanita terkejut lelaki baru kenal ‘merengek’ minta beli ‘perfume’

Cari pasangan yang sekufu untuk mengelak daripada timbulnya masalah selepas berkahwin. -Gambar hiasan AI

SETIAP orang ada cita rasa tersendiri dalam mencari pasangan, namun keserasian tetap menjadi kunci utama dalam sesebuah hubungan.

Seorang wanita berkongsi pengalaman berkenalan dengan lelaki yang mengaku mengamalkan gaya hidup mewah, berbeza dengan dirinya yang lebih suka bersederhana, justeru hubungan mereka tidak diteruskan.

Menurutnya, lelaki tersebut suka berbelanja seperti kelompok T20 dan gemarkan barangan berjenama mahal, manakala dirinya pula akan membeli sesuatu mengikut kemampuan.

"Lelaki yang lifestyle T20 adalah lelaki yang aku akan elakkan untuk berkenalan dengan lebih rapat. Maaf kalau berbunyi agak memilih tapi sebab aku jalani kehidupan B40 je.

Cari pasangan sekufu bagi mengelakkan konflik di kemudian hari. -Gambar hiasan AI

"Aku pernah cuba kenal dengan lelaki yang lifestyle T20. Agak susah sikit sebab cara berfikir kami tak sama. Dia pakai perfume yang branded sedangkan aku pakai yang jenama tempatan je.

"Aku pernah cakap aku suka perfume jenama YSL (Yves Saint Laurent) kemudian dia kata kalau awak suka saya bau macam tu belikanlah saya satu. Aku balas yang aku pakai perfume RM10 je," katanya menceritakan pengalaman.

Wanita itu berkata, selepas mendengar jawapannya, lelaki itu memberi nasihat agar dia menghadiahkan diri sendiri (reward diri) dengan barangan mahal, namun bagi dirinya masih ada perkara lain yang menjadi keutamaan.

Jelasnya, dia tidak menyalahkan lelaki tersebut yang sanggup berbelanja besar untuk memuaskan hati namun perbezaan cara berfikir membuatkan dia sedar mereka bukan pasangan serasi.

Apatah lagi apabila lelaki itu tanpa segan silu minta dibelikan sebotol minyak wangi untuk dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ‘reject’ lelaki B40, hanya pandang harta jejaka kaya... Rupanya enggan hidup susah selepas usaha keras bina kerjaya

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki T20 acah-acah bercinta dengan B40, sudahnya menyesal! Dakwa wanita kelas rendah kaki kikis, asyik nak makan tempat viral

"Bagi pendapat aku, pakai ikut kemampuan, bukan kemahuan. Aku tak salahkan dia pun suka barang mahal. Dia pun mampu jadi teruskan saja.

"Tapi kalau untuk jadikan pasangan hidup... aku terlampau ambil peduli kalau yang jenis macam ni sebab tak nak ada isu kalau dah ke arah lebih serius. Nanti susah nak undur balik," luahnya.

Selepas hantaran itu dibuat, rata-rata warga maya turut memberikan pendapat mereka susulan luahan mengenai sikap lelaki berkenaan.

  • Seorang wanita serik kenal lelaki berlagak T20 yang sukakan gaya hidup mewah.
  • Lelaki itu suka guna barangan mahal dan berjenama tapi wanita ini hanya bersederhana.
  • Lelaki itu minta dibelikan minyak wangi mahal jenama YSL justeru wanita ini tak selesa dan rasa tak sekufu.
  • Baginya, belanja ikut kemampuan lebih penting.
  • Dia pilih berundur sebelum hubungan jadi rumit.

Rata-rata berasa kurang senang dengan tindakan lelaki itu yang meminta wanita yang baru dikenalinya menghadiahkan minyak wangi tersebut kepadanya.

"Ni gaya hidup je T20 tapi poket B40. Ada pula suruh perempuan belikan minyak wangi. Ingatkan awak cakap suka YSL, dia belikan untuk awak.

"Cakap dekat lelaki itu, kalau dah tahu perempuan suka bau YSL, belilah sendiri atau belikan untuk perempuan tu sekali. Kalau betul T20, buat malu je minta orang lain belikan.

"Kalau suruh awak yang belikan untuk dia maksudnya bukan T20 la. Hamak duit orang ni bukan level T20. Maaf cakap," antara komen netizen.

Artikel Lain