suria

Wanita mahu jaga bekas suami lumpuh, kenang kebaikan sebelum bercerai... Ramai nasihat jangan cari masalah

Bukan mudah melihat insan yang pernah disayangi menderita kesakitan. -Gambar hiasan AI

SEORANG ibu tunggal buntu apabila perlu membuat keputusan sama ada perlu membawa pulang bekas suaminya yang kini lumpuh akibat serangan strok untuk dijaga di rumah.

Menurut wanita itu, dia pernah bekerja namun berhenti atas saranan suami ketika mereka masih bersama kerana diminta fokus kepada anak-anak.

Namun, takdir menentukan jodoh mereka tidak berpanjangan dan pasangan itu bercerai fasakh pada 2022.

Bukan mudah menjadi ibu tunggal membesarkan anak bersendirian. -Gambar hiasan AIBukan mudah menjadi ibu tunggal membesarkan anak bersendirian. -Gambar hiasan AI

"Selepas berpisah, saya dan anak-anak struggle tapi kami redah bersama. Mujur saya ada rumah sendiri dan sedikit simpanan. 

"Itulah yang saya guna untuk besarkan anak-anak,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: 24 jam jaga mentua terlantar, suami nak termuntah badan isteri bau orang sakit- "Sedangkan itu mak dia"

ARTIKEL BERKAITAN: Suami gelabah isteri terlantar sakit tak dapat tunai tanggungjawab, terus kahwin lain! Anak-anak dibiar dengan bini pertama

Tambahnya, kini bekas suaminya itu pula mengalami strok dan baru seminggu lebih keluar dari hospital. 

"Ibu bapa dia dah meninggal. Adik beradik, saudara mara dia memang mereka ambil tahu, ziarah, tapi setakat itu saja.

"Masing-masing punya masalah sendiri. Tak boleh jaga dia. Faham, bukan senang nak jaga pesakit strok," katanya.

Wanita itu berkata, walaupun bekas suaminya pernah mengabaikan keluarga selepas berubah sikap sepenuhnya sebelum penceraian, dia tetap mengenang kebaikan lelaki itu ketika mereka masih bersama.

  • Ibu tunggal serba salah sama ada perlu menjaga bekas suami yang lumpuh.
  • Pasangan itu bercerai pada 2022 dan wanita itu kini membesarkan anak sendiri.
  • Bekas suami tiada penjaga selepas keluar hospital.
  • Wanita bimbang soal aurat, kos dan beban penjagaan.
  • Netizen nasihat agar dia utamakan diri dan tidak memikul tanggungjawab bekas suami.

"Saya cuba reda, cuba ikhlas buat kerana Allah sebab kesian kat dia.

"Kenangkan sebelum berpisah, dia dulu suami dan ayah yang sangat baik. Hanya lepas tu dia berubah sikap, terus diam, bawa diri dan abaikan kami.

"Saya nak cuba jaga sekurang-kurangnya sampai dia boleh makan dan minum,boeh urus diri ke toilet. Sekurang-kurangnya bila duduk dengan saya, bolehlah saya usahakan orang datang urut," katanya.

Bagaimanapun, dia dalam masa yang sama turut berfikir tentang kekangan dan masalah yang mungkin timbul jika dia menjaga bekas suami.

Tambahnya lagi, dia faham ahli keluarga bekas suami pasti mengharapkan anak-anak untuk menjaga bapanya apatah lagi mereka kini sudah remaja dan ada yang telah bekerja.

"Anak faham-faham lah kan. Mereka sibuk dan bukan melekat di rumah pun. Dah tentu sudahnya nanti saya yang kena hadap sepanjang masa," katanya.

"Kalau tinggal bersama boleh saya usahakan apa-apa. Cuma saya tertekan sebenarnya macam mana aurat saya dengan bekas suami?

"Nak upah penjaga datang rumah, saya tak mampu. Nak minta bekas suami sendiri keluarkan perbelanjaan, bercakap pun dia tak boleh," katanya.

Sementara itu netizen berpandangan wanita itu mempunyai sikap terpuji, namun menyifatkan dia sengaja mencari masalah jika menjaga bekas suaminya.

"Jaga diri dan kesihatan mental sendiri. Kadang-kadang terpaksa kejam demi masa depan sendiri. Bantu sekadarnya tapi tak perlu bawa balik rumah.

"Jangan la cari masalah. Lagi pun tiada ikatan lagi. Dia bukan tanggungjawab awak dah," antara komen netizen.

 

Artikel Lain