BAGI pasangan suami isteri, cahaya mata merupakan rezeki tidak ternilai yang menyempurnakan sebuah keluarga.Namun, seorang wanita di Thread mendakwa dia diminta menggugurkan kandungannya, sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Lebih mengejutkan, dia mendakwa permintaan itu dibuat oleh suaminya sendiri.Kehadiran cahaya mata menjadi penyeri dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI"Aku sedang mengadung anak ketiga. Anak ni memang tak dirancang. Beria sangat suami 'lepaskan' di dalam, sekarang dah mengandung."Dua kali makan ubat gugur yang dia (suami) beli, tapi anak dalam kandungan ni kuat. Sekarang kandungan dah masuk 30 minggu," kongsinya.Menurut wanita itu, suaminya juga berang apabila dia masih meneruskan kandungan berkenaan.Seorang wanita yang sedang hamil tular selepas berkongsi kisahnya di Thread.Dia mendakwa diminta untuk menggugurkan kandungan yang sudah berusia 30 minggu itu.Lebih mengejutkan, dia mendakwa permintaan itu dibuat oleh suaminya sendiri.Dari sudut perubatan, prosedur menggugurkan bayi secara tidak selamat membawa risiko kepada ibu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Hari ni dia marah-marah, dia kata anak ni menyusahkan dia. Dia marah aku tengah mengandung. Dia anggap sebagai beban."Aku kecil hati dengan ayat dia tu. Semoga Allah kabulkan doa dia sebab dia benci betul aku mengandung anak ketiga ni."Sedangkan ini benih dia. Aku nak sangat mati dengan anak-anak aku semua, biar tak susahkan dia dah lepas ni," tulis wanita itu lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Gadis terlanjur kongsi gambar perut, kapsyen nak gugur kandungan... Wanita TTC paling ramai mahu selamatkan bayiARTIKEL BERKAITAN: Wanita 'auto' ceria dapat tahu kakak ipar keguguran, sebelum ni muka masam mencuka sebab tak suka hamil serentakDi ruangan komen, ramai netizen memberi kata-kata semangat buat wanita itu dan berharap dia terus kuat sehingga bayinya selamat dilahirkan.PeringatanMenurut maklumat di portal Hello Doktor, risiko kematian dan kecederaan akan meningkat sekiranya prosedur menggugurkan bayi atau janin secara tidak selamat dilakukan.Komplikasi utama yang mengancam nyawa kesan pengguguran bayi secara sendiri atau menggunakan kaedah tidak selamat adalah pendarahan, jangkitan serta kecederaan faraj dan organ dalaman.Dalam sesetengah keadaan, ia boleh mengakibatkan komplikasi yang meragut nyawa. Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Al-Bakri, prosedur pengguguran hanya dibenarkan jika dinasihatkan oleh doktor atas dasar memelihara keselamatan nyawa dan kesihatan ibu. Ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun-tahun sebelum dikurniakan cahaya mata. -Gambar hiasan AIJika terpaksa dilakukan kerana keperluan mendesak, hendaklah ia dilakukan segera iaitu sebelum kandungan berusia 120 hari, dan seboleh-bolehnya sebelum kandungan berusia 40 hari. Jika kandungan sudah berusia lebih 120 hari, maka haram menggugurkan janin dalam kandungan kerana ia dianggap sebagai satu jenayah pembunuhan ke atas janin yang sudah ditiupkan roh, melainkan demi menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk.Sekalipun begitu, ia tertakluk kepada pengesahan dan saranan doktor atau pakar.